Selamat Tinggal

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 1430H. Selalunya kita sibuk dengan tahun masihi saja..terlupa saya dengan tahun islam...tapi saya takkan lupakan ini...maka, jangan lupa baca Doa Akhir Tahun bagi penutup tahun 1430H dan Doa Awal Tahun. Semoga apa yang telah berlaku dan akan berlaku sentiasa dilindungi olehNya. INSYA-ALLAH
Fadhilat Membaca Doa Akhir Tahun

Barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu asar 30 Zulhijjah sebelum maghrib 1 Muharram.



Sumber : Google




Fadhilat Membaca Doa Awal Tahun

Barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

Kaifiatnya: Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram






Sumber Google



2 comments:

pizli.mw said...

Terima kasih Kerch post benda ni..

December 17, 2009 at 10:38 AM  
Kerch said...

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails