Boys over Flowers

heh...dulu masa mengandungkan adik..saya pun macam ni...skang dia datang lagi..heh..jangan fikir yang bukan-bukan ye...belum ..belum lagi...

tapi sekarang ni ngah sewel sket...sewel benda ni...dah 2 - 3 malam saya tidur pukul 2 duk layan citer ni...dulu pun macam ni gak..sib baik dah zaman canggih sket neh...tak yah nak berabih duit beli DVD ...hahaha..sib baik kenkawan baik kan...saya dah khatam citer ni...Cerita Korean ni tengah main di TV8 dari isnin ke jumaat pukul 8.30 hingga 9.30..sampai kakak pun naik hafal tajuk dia...



Ada orang kata saya..

Ada kenkawan saya yang jarang-jarang datang ke tempat saya akan berkata saya tamak..mereka kata saya tamak sebab saya ada 2 komputer...tapi sebenarnya..untuk makluman ini bukan 2 komputer..tak pe...saya tak terasa pun sebab saya tahu mereka kurang celik IT sedikit... saya ada extra satu lagi monitor untuk mudahkan saya buat kerja...




Skrin notebook kan kecil dan kualiti image yang dipaparkan kureng sket...jadi saya minta tambahkan satu lagi monitor untuk melihat image yang lebih baik..jadi kenkawan ..saya bukan tamak..saya ada kelebihan satu monitor bukan 2 komputer ok...

Nak tengok macamana..rupanya..saya sangat sayangkan MrSam ini..kerana hasil image yang dipaparkan sangatlah superberb...sudah 3 monitor saya telah rosakkan..harapnya MrSam ini akan mempunyai jodoh yang panjang dengan saya...saya ada satu lagi MrSam kesayangan saya..bukan MrSam tapi MrSyam...hik.hik.hik..


Kesimpulannya : ini adalah entry merapik...


Hinakah saya jika..

ermm... saya berborak-borak dengan kawan saya si A sabtu lalu ..dia berkata .. "sejak aku menjual barang aku sudah kehilangan ramai kawan..di pejabat"..erm..hati saya terdetik..saya ingat saya saja yang mengalami masalah ini rupa-rupanya kawan saya juga sama...

kadang-kadang saya terfikir..hina sangatkan nilai seorang manusia yang menjual barang?? sebab saya juga rasa seperti yang dia rasa..saya juga hilang kawan kerana saya berniaga..pernah saya sms kawan saya si K menjemput beliau datang ke kedai saya..selepas 2 kali saya sms .. terus sampai sekarang tidak langsung dia membalas sms saya..pernah juga saya menerima teguran begini ... "hei, kerch, kau kalau setakat bukak kedai bawah khemah janganla sampai nak jemput aku datang..."..ye, saya cuma buka kedai bawah khemah saja..belum lagi mampu buka kedai dalam supermarket..atau buka kedai lot... ye, saya memang menangis..tau..ye, saya menangis..sebab kawan saya sendiri cakap macam tu..sekarang baru saya tau..siapa kawan-kawan saya sebenarnya..

....memang..memang dan memang..terima kasih kawan-kawan...Insya-Allah suatu hari nanti...saya akan berusaha untuk membuktikannya..saya menangis....saya tahu...tak pe kerch sabar..kerana Allah SWT bersama-sama mereka yang sabar..

Kepada kawan-kawan saya..terima kasih kerana menjadi kawan saya...sekarang saya baru tahu, dimana nilai kawan sebenar..ermmm...akhirnya, saya terpaksa meluahkannya di sini..kerch sabar ye..susah senang kita siapa yang tahu...mereka hanya tahu mengata dan terus mengata..sabar kerch sabar..moga Allah SWT permudahkan rezeki kami..



Buku ke 3 hasil tulisan Dr Rusly Abdullah Ph.D yang bertajuk Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Akhirnya Bubar! Isikandungan buku ini adalah kesinambungan bukunya yang kedua bertajuk Rahsia Kunci Kekayaan yang telah saya ulas minggu lalu.




Seperti biasa isi kandungan buku beliau banyak menceritakan tentang pengalaman hidupnya dari seorang CEO kepada seorang peniaga pasar malam. Cerita mengenai Executive Mee Goreng. Tetapi ada satu topik yang saya rasa boleh dikongsi bersama.

Bagaimana menyimpan hasil keuntungan jualan (setelah tolak semua modal)? Keuntungan kasar (iaitu pendapatan selepas diasingkan modal perniagaan) dari perniagaan harian itu pula hendaklah dipecahkan sekurang-kurangnya kepada 6 tabung seperti berikut :

Katakalah keuntungan hariannya ialah RM 70.00

Tabung 1 : 1/7 ditabungkan untuk dilupakan                                      = RM 10.00
Tabung 2 : 1/7 tabungan untuk diri sendiri                                         = RM 10.00
Tabung 3 : 2/7 tabungan untuk kegunaan keluarga                             = RM 20.00
Tabung 4 : 1/7 tabung pelaburan semula / besarkan perniagaan           = RM 10.00
Tabung 5 : 1/7 ditabungkan sebagai peruntukan melunaskan hutang    = RM 10.00
Tabung 6 : 1/7 tabungkan untuk peruntukan kebajikan zakat dan infaq = RM 10.00

Sebagai latihan sediakan enam jenis tabung dirumah. Tabung boleh menggunakan bekas tin susu yang besar..(ye..saya juga guna teknik ini) Setiap hari pendapatan yang telah dipecahkan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. Biarkan simpanan selama seminggu sebelum dipindahkan ke dalam akaun bank. Dan pastikan sekiranya ingin berbelanja ambillah dari tabung no 3 dan pastikan berbelanja tidak lebih dari RM 20 sehari atau RM 140 seminggu.

Ada banyak lagi maklumat berguna yang dikongsikan bersama dari buku ini. Tidak rugi membelinya. Harganya RM 29.00 sahaja.  

Ini adalah cerita basi


ermm..apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada Team Bola sepak Malaysia kerana menang pingat emas Sea Games yang lepas.. saya pun nak tumpang gembira tapi bukan sebab saya sempat juga membaca doa awal tahun...yer la, udahla terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang ke rumah  khamis lepas. ermmm...nyaris-nyaris tak sempat nak solat magrib dan membaca doa awal tahun...tapi Dia kan maha Kaya...lintang pukang juga la saya dibuatnya..

Saya pesan pada kakak saya nak balik cepat sebab tak nak terlepas solat magrib..dan adik plak berlagak macam pemandu kereta F1 sambil duduk dalam carseat dia tu...tapi alhamdulillah...sempat juga saya solat magrib..ermmm..yang penting dapat baca doa awal tahun..moga-maga apa yang kami sekeluarga hajati diperkenankan olehNya..dan bumi ini semakin aman dan damai..AMIN..

Selamat Tinggal

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 1430H. Selalunya kita sibuk dengan tahun masihi saja..terlupa saya dengan tahun islam...tapi saya takkan lupakan ini...maka, jangan lupa baca Doa Akhir Tahun bagi penutup tahun 1430H dan Doa Awal Tahun. Semoga apa yang telah berlaku dan akan berlaku sentiasa dilindungi olehNya. INSYA-ALLAH
Fadhilat Membaca Doa Akhir Tahun

Barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Kaifiatnya: Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu asar 30 Zulhijjah sebelum maghrib 1 Muharram.



Sumber : Google




Fadhilat Membaca Doa Awal Tahun

Barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

Kaifiatnya: Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram






Sumber Google



Tetiba saja ada cerita gempar hari ini berita seorang selebriti yang memang putih gebu akan berkahwin dengan seorang ADUN dari Sabah.... tetiba saja saya menjadi kepochi di sini...apa la kerch ni..

Macam-macam komen yang diberikan oleh rakan sekerja ... Antara nama yang naik..Datuk Bung Mokhtar Radin...Ntah betul ntah tidak..ye..tapikan kalau dah jodoh..apa salahnya...hai..tak keluar bilik la nampaknya..eh eh....



ikhsan dari en.google


Please sign here, Madam

This is true story. Last year on 31st December 2008, 7.11 am. 1st time in my life, one man asked me to give a sign for him...can you get it?? hahahaha..yeaaaa...on this letter..I get for free from one man..due to hit a red traffic light at Jalan Titiwangsa..oh!..haiya...



ya ALLAH..mati kene marah ngan my hubby..kerch memang sengal...yer la...udah si lanun yang membawa kereta..

Petunjuk Jalan Kekayaan



Ulasan Buku : Petunjuk Jalan Kekayaan




Merupakan hasil tulisan Dr. Rusly Abdullah. Jika ada yang mengikuti semua hasil tulisan beliau buku ini adalah buku no 2 yang harus dibaca kepada pembaca yang ingin berjinak-jinak kepada dunia perniagaan.

Buku ini menceritakan detik perit kehidupan Chef Li sebelum bergelar jutawan. Bermula dengan pemilik kilang pemprosesan makanan kepada seorang penjaja dan jatuh bangkrap...sehingga rumah hampir disita.. Rezeki berjumpa dengan seseorang yang dapat membantu penulis untuk menyelesaikan masalah yang amat berat ketika itu. Dan kini, penulis sudi berkongsi semua ilmu di dalam semua buku beliau (6 buah tidak silap saya). Terus terang saya katakan bahawa buku tulisan pertama nya yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap amatlah menyakitkan hati saya..bukan kerana hasil tulisannya tetapi lebih kepada persoalan global iaitu..kenapa pendatang boleh kaya-raya di bumi ini tetapi penduduk negara ini sendiri masih hidup dalam kesusahan..tepuk dada tanya diri sendiri...sakit ke tidak..ye tak..

Salah satu perkara yang mungkin saya boleh kongsi disini adalah :

Enam kunci kekayaan adalah :

1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang. Berusaha untuk mengkayakan diri sendiri.

2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Iaitu, simpan
    sebahagian dari pendapatan.
Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan kira jumlahnya, fikirkan bagaimana kita boleh menyimpan berterusan

         Simpanan hasil pendapatan:
         a.  Simpan 1/10 untuk dilupakan
         b.  Simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
         c.  Simpan 1/10 untuk agama (termasuk Zakat dan sumbangan kemasyarakatan)
         d.  Guna 2/10 untuk keluarga
         e.  Guna 1/10 untuk diri sendiri
         f.   Beri 1/10 untuk ibubapa
         g.  Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
         h.  Laburkan 1/10 untuk perniagaan sediaada

3.  Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan mengguntungkan

         
Pelaburan jangka panjang -- kerana tiada pelaburan jangka pendek

4.  Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
      a. Membayar zakat
      b. menggembirakan orang tua
      c. menolong kaum kerabat
      d. bersedekah
      e. Infaq
      f. Amal Jariah

5.  Jangan berhutang atau memberi hutang.
    
Jika perlukan pertolongan atau bantuan daripada kita berilah dalam bentuk sedekah, hadiah, zakat atau infaq mengikut yang kita layak dan mampuBerdoa, bertaqwa dan bertawakal.

6.  Berserah dirilah kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas dan tawadhuk setelah kita
melakukan segala usaha dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar setiap usaha kita mendapat berkat.

Banyak yang telah dikongsi bersama di dalam buku ini. Ia boleh didapati dengan harga RM 29.00. Baru-baru ini ketika berkunjung di Kedai Buku MPH buku ini juga telah dicetak dalam bentuk edisi jimat. Tidak rugi membelinya.


Do you remember what is your 1st composition in Bahasa Malaysia subject? Hahaha...of course the title are What is your ambition? When I was 7, I'm still remembering what I want to be?

Don't laugh at me please..I want to be a police women. But now I'm a people who dealing with computer. Almost in 10 years in this company. The ambition that is not in my mind actually. If today I'm working as Police Women .. what do you think? Can you imagine it for me?? Do you remember in green card..we can state 3 ambition then we can change it every year.. I never change it..1st choice is Police Women, 2nd is Lawyer and the third is ...what aaa I cannot remember.. might be a firewomen..hahaha


Can you imagine if I am a Police Women..But if today I can choose what I wanna to be..I want to be jeng jeng jeng...I want to be a DRIVER..Please dont laugh at me..I'm a good driver ok..even I'm a women..but my hubby said I'm driving like viking...hahahaha...So, any Datuk-datuk or anak-anak Datuk dare to hire me as a Driver??? hahaha..Kerch memang sengal





Ya-Tuhanku, I'm so disdainful due to not grateful whatever i have now..please fogive me..

hehehe..ok..just my 2sen..for monday bluessss entry with my english yang kedaung ni..

Big DILEMMA

I have no idea what should i wrote at here..2 years and half ago, i already pregnant adik when kakak was 32 months (2 years 6 months)..now i am in demma again. Am i ready to pregnant again...when adik is too naughty. ermm..yes, as a parent both of us are doing planning on this things. But, Allah may know what was happen next..But, trully at here..im not ready yet..sian kat adik..but i know..sometimes kakak was jealous when i give a big hug to adik..but its adik ok...kakak i know what you thinking..But you always be my kakak..my big kakak...i love you both...

wah...kerch..menulis dalam english yang kedaung..go kerch go..


Nursara Khaleeda when she was 2 years and 6 months



 Ameer Izuddin also at 2 years and 6 months




 

















 

Ahad lalu, saya ke Dataran Merdeka (arahan kerja) untuk menjadi perempuan ronggeng. Saya jangkakan saya antara yang terawal tiba di Dataran..ermm...meleset sama sekali..Ramainya umat yang datang untuk menjayakan pesta yang turut disertai oleh Wanita Pertama Malaysia. eermmm, event ini telah berjaya dimasukkan di dalam Malaysia Guiness Book Of Record..(await la ada perkataan Guiness tu ye)

orait..Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia ini adalah gabungan dari tarian "Malaysia Truly Asia", Cina, India, Zapin, Sewang, Sabah dan Sarawak. Ia akan menjadi satu majlis rasmi Negara setiap tahun..syiok wooo tengok ramai yang datang...then mereka semua memang sporting....Kami dibekalkan dengan T-shirt (yang berwarna-warni..), topi dan reusable bag...ermm..kalau tengok warna T-shirt yang kami dapat...macam warna-warna pelopor telekomunikasi Malaysia...macam M*xis, C*lcom, X*Ax, H*tlink dan...D*gi....

Saya sukakan acara begini..Malaysia memang negara muhibbah..masa inilah..tidak kira bangsa kami duduk di satu padang yang sama..menari bersama...yeah...we are 1Malaysia..


















Menyaksikan kematian rakan sekerja pagi tadi membuatkan saya sendiri terfikir bahawa ajal dan maut itu kepunyaan Allah. Rakan saya hanya disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4, 2 minggu yang lalu. Saya masih terbayang-bayang wajahnya yang pucat ketika memberi penghormatan terakhir untuknya pagi tadi. Saya tidak mampu untuk mencium wajah arwah...cukuplah saya pandang dari sudut lain...kerana air mata saya masih mengalir. Ia sungguh membuatkan seluruh jiwa saya terketar-ketar ketakutan.


Pemergian arwah adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang dianugerahkan kepada saya dan kawan-kawan yang tinggal. Sewajarnya, sebagai umatNya kematian menjadi satu sumber inspirasi untuk membuatkan saya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepadaNya. Cukup mudah bagi arwah meninggalkan kami semua..tapi janji tetap janji..jika IA berjanji ingin menarik ajal..bila-bila masa boleh DIA laksanakan..ermm


Ketika menunggu arwah siap dimandikan dan dikapan...makin ramai..rakan sekerja dan bekas rakan sekerja datang berkumpul. Tidak kira lelaki atau perempuan makin ramai yang datang....kerana arwah memang seorang yang baik hati..pemergiannya membuatkan semua terkejut dan tidak menduga sama sekali..itulah janjiNya. Setelah siap dikapan, kami diberi peluang untuk menatap wajah arwah untuk kali terakhir..terkujur kaku arwah disitu..diam dan terus diam..terdengar sok-sek..rakan-rakan menahan air mata dari terus mengalir...seterusnya arwah diangkat di depan mimbar masjid untuk disolatkan...begitu ramai kawan-kawan bersedia untuk solatkan arwah..ermm terharu..sudah rezeki beliau begitu...selesai menyempurnakan solat jenazah, arwah diusung ke dalam van untuk dikebumikan di tanah perkuburan...arwah ditanam dan talqin dibacakan...Alhamdulillah..selesai urusan arwah di dunia..kita bagaimana??

Tiba-tiba persoalan demi persoalan timbul dibenak kepala ni...andainya suatu hari nanti...saya juga seperti arwah..adakah rakan-rakan saya juga akan berkumpul begini ramai untuk memberikan penghormatan terakhir untuk saya?? ermmm...air mata ini masih mengalir..


Dahulu...peristiwa ini pernah berlaku..tetapi saya redha dengan pemergian dia..tanpa sempat saya memberi penghormatan terakhir untuknya..itu janjiNya. Tetapi, saya tahu seandainya dia masih di dunia ini..saya mungkin adalah kebanggaan beliau...



Abah, angah redha dengan apa yang angah lalui. Angah redha abah pergi tanpa sempat angah menatap muka abah buat kali terakhir. Angah ingat pesan abah sampai hari ini. Biarlah abah, angah belajar untuk memaafkan mereka. Tapi angah rindu saat-saat gembira keluarga kita dulu.
Awal muharam ini...genaplah 6 tahun dia meninggalkan kami semua..tanpa sempat dia melihat wajah kakak yang sangat mirip dengannya dan tanpa sempat bergurau dengan adik yang amat nakal sekali..tapi saya redha..kerana janjiNYA untuk kebaikkan umatNYA. Ada hikmat sebalik semua kejadianNya..kerana disebalik peristiwa kematian ia sewajarnya menjadi ingatan dakwah kepada diri sendiri yang sentiasa lalai. Moga arwah abah dan kak jun sentiasa dicucuri rahmat. Amin..





Ada satu tertinggal mengenai market / pasar di Malaysia. Kalau di Semenanjung Malaysia, mungkin kedai terapung macam janggal bunyinya. Tetapi bagi masyarakat di Sarawak, kedai terapung adalah perkara biasa..KEDAI terapung?? ermm..macamana agaknya rupa kedai terapung tu yek??

Ok..fungsi kedai terapung ini adalah untuk menghantar bekalan ke kawasan pendalaman di Sarawak. Jangan terkejut dengan kebesaran kedai ini..kerana ianya boleh memuatkan satu badan bas..kan ke sungai-sungai dia sarawak sangat lebar dan besar. Kapal-kapal ini membawa bekalan seperti beras, minyak, tong gas, dan bekalan makan lain. Kenapa sungai digunakan untuk menghantar bekalan seperti ini? Ini adalah kerana, perjalanan sungai adalah lebih singkat berbanding menggunakan perjalanan darat. ok..tak mau la, membebel panjang..so enjoy the pic..









Talented or Gifted??

Are you talented?? Bakat..ermm..ada orang memang berbakat..tapi apa itu bakat?? adakah bakat itu satu gen yang diwarisi dari ibubapa atau bakat itu wujub bila kita besar?? Mungkin buku ini mampu menjawab semua persoalan tadi. APA BAKAT SAYA? Hasil tulisan Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussain.


Sekali pandang illustrasi buku ini sesuai untuk bacaan golongan kanak-kanak atau remaja. Tetapi pada pandangan saya, tidak terlambat untuk orang yang lewat usia seperti saya untuk membacanya untuk menambahkan sedikit pengetahuan mengenai apa bakat saya.  ..eceh kerch..lewat usia ye :P

Di dalam buku ini, ia menerangkan mitos-mitos yang memang menjadi perkara mainan sepanjang kehidupan kita..memberi tekanan kepada kita walhal ianya hanyalah mitos semata-mata. Antaranya Skor A sebagai Lesen Agung Kejayaan, Seseorang dianggap Pandai Jika IQ Tinggi dan ada beberapa lagi yang lain.

Saya selalu diutarakan soalan berikut..adakah saya suka kerja saya??....mungkin saya suka kerana bakat saya atau minat saya atau kerana terpaksa sebab kelulusan yang saya miliki..iye..saya juga berada di persimpangan ini...nak jawab salah tak jawab pun salah...) Buku ini ada menerangkan jenis-jenis kepelbagaian kepandaian, Kelebihan semulajadi .. dan akhirnya menyingkap apakah bakat anda sebenarnya..

Sebagai golongan ibubapa muda, mungkin buku ini dapat memberi panduan kepada kita dalam pembangunan bakat anak-anak. Semua umat manusia dilahirkan berbakat. Kita sebagai ibubapa yang akan mencorakkan kepandaian anak kita. Mungkin anak kita tidak berbakat di dalam pelajaran matematik tetapi amat berbakat dalam lukisan. ermm...sewajarnya apa pun bakat yang anak kita ada sebagai orang tua..sokong dan bantulah mereka.

Kenapa saya membaca buku ini?? Sebab, di kala usia senja inilah baru saya tau apa bakat saya dan sehingga hari ini saya bekerja kerana kelulusan yang saya perolehi tanpa ada rasa minat di dalamnya. Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak-anak saya. Mungkin pemikiran ibubapa dahulu tidaklah secanggih hari ini..ermm..tetapi saya percaya golongan ibubapa hari ini lebih terbuka untuk menerima pendapat anak-anak.

Orait..buku ini berharga RM 12.90 dan diterbitkan oleh PTS Millenia 2009. Bahkan boleh didapati secara online di sini http://www.bookcafe.com.my/

arghhh..FAHRIN AHMAD ke???..dia ni lagi ganteng dari FAHRIN AHMAD TAU....hahahaha...ingat tak entry saya pasal BUKAN ATUK SAYAYEE?? TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA   ini barulah...FAHRIN AHMAD saya.. HAJI JAMID BIN TARUJI...namanya...GANTENG TAK??? Kerch..mau terkejut atuk awak ni kang...sib baik atuk tak layan blog..



Atuk saya memang rock...rock-rock kapak dia pun...atuk sangat garang bila mengajar ngaji tau...atuk ni jenis tak banyak cakap...tapi sangat kuat ..umurnya sebaya dengan Tun Mahathir tapi dia lagi kuat dari Tun...



Kakak adalah satu-satunya cicit atuk yang perempuan. Muka kakak lebih mirip arwah abah saya..ermm...kakak ni cengeng sket...apa-apa yang dia buat kalau kene tegur mesti dia nangis..agak-agak camner saya nak buat ye...??




Saya suka suasana kampung..sejuk..nyaman..Gambar ini saya ambik pada jam 7 pagi..kakak dan adik menggigil kesejukkan lagi..yer la kan..dengan tak mandi..saya suruh je..diorang berposing sakan....hahaha tengok la adik..saya suka gambar ni...kakak ngan muka poyo dan adik tengah menangis...



Mungkin bila kakak dan adik besar nanti 10 atau 20 tahun akan datang ..mungkin rumah atuk pun tak rupa macam ni dah....pastinya saya, kakak dan adik akan rindu rumah atuk yang lama ni (itu pun kalau mereka ingat) ... mungkin juga kakak dan adik sudah tidak boleh berlari-lari gembira seperti ini... macam saya dulu..mandi kolam belakang rumah..tak pun terjun parit depan rumah atuk......ermmm...rindu nak balik kampung sebenarnya...


Ini entry terakhir pasal market..Saya seronok dan suka sangat pergi ke pasar..macam-macam pasar saya pernah pergi di Malaysia (bunyi.... riak betul saya ni). Banyak yang uniknya..ada yang mahal dan ada yang murah..yer la...kalau kat Sibu, Sarawak..ikan kembung bleh dapat ngan harga RM2.50 sekilo..agak-agak kat kolumpo ni bleh dapat ke harga tu...macam mimpi la...plak erk..

Obor-obor..anyone..(please ignore..the kuku's) Tidak silap saya harga untuk sekilo obor-obor ini adalah RM 15.00. ermmm murah ke??? Di Kuching, Sarawak ada sebuah restoran yang menyediakan masakan kerabu obor-obor...sedap..saya dah rasa dah....(saya memang suka mencuba makanan yang pelik-pelik...tapi bukan semua yeeee....)


Umai in the making...bro ni...iron chef pun kalah tau.. Gambar ini diambil di Mukah, Sarawak. Umai adalah satu makanan tradisional masyarakat di Sarawak..Saya pun baru 1st time la tengok macam mana umai dibuat..dan merasai umai ni..ermmm cam makan kerabu gak la...isi ikan jadi masak disebabkan oleh asid yang dihasilkan oleh limau yang diperah tu..tapi lagi pedas lagi sedap...

Granny ini sangat menggagumkan..kuat lagi tau..Saya sangat kagum dengan masyarakat di Kota Belud, Sabah ni..Nenek ini sudah berusia hampir 90 tahun rasanya..sangat kuat untuk menggangkat seguni pisang tau...agak-agak kita mampu ke buat macam tu nanti...masyarakat di sana sangatlah tidak sombong kalau kita nak ambik gambar..

Ini adalah entri untuk sambungan semalam tetapi akan ada satu lagi sambungannya esok. Untuk Jawapan semalamnya entry..sedih..tak de yang feedback pun kecuali seorang je..cik lala..

JAWAPANNYA IALAH :

1. Pasar Tamu Bintulu, Sabah
2. Pasar Harian Sibu, Sarawak
3. Pasar Malam Sibu, Sarawak
4. Tamu Kota Belud, Sabah
5. Tamu Kota Belud, Sabah



Ada berani?? Dikenali sebagai ulat mulong atau dipanggil siyet. Saya jumpa siyet ini di pasar Mukah, Sarawak. Mukah, Sarawak sangat popular dengan pengeluaran sago. Macam mana Sago diproses akan saya tunjukkan entry kemudian. Dah hutang banyak entry ni..

Belacan...sedap sebenarnya belacan Bintulu ni..fresh sangat dan merah..perasan tak botol sebelah tu... dah macam rupa budu kan..memang budu pun..rupanya berbeza sikit dari budu cap ketereh..


Satu lagi belacan dalam packaging yang berbeza. Tidak silap saya, boleh dibeli 5 bungkus yang kecil harganya dalam RM 10. Belacan packaging begini boleh didapati di Bintulu, Sabah.

Gamat...anyone..sebelum ni tau gamat dah siap dalam botol..tapi kali ni saya jumpa live lagi..anyone..siapa yang berani makan??Gambar ni saya ambil di pasar Sibu, Sarawak. 

tu dia...ikan kembung..agak-agak bleh dapat ke harga camni ke sekarang..mesti geram kan..termasuklah saya..sekilo RM 2. Terus terbayang laksa kedah..pergh..terliur.. ini di Pasar Sibu, Sarawak

Kuih..apa..tak ingat...ada sesiapa tau?? Saya tidak ingat kuih ini namanya apa..gambar ini diambil ketika di pasar tamu jalan ...alamak tak ingat laaaa pasar apa namanya..LOL



Gelang... gelang... ini juga adalah koleksi ketika jalan-jalan di bandar Kota Kinabalu...tetiba tak ingat apa nama pasar tu...anyone..bleh tolong kasi jawapan....








Siapa boleh teka dimana saya ambil gambar-gambar ini?

Sila nyatakan tempat dan negeri sekali kerana setiap gambar datang dari daerah dan negeri yang berlainan..


Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails