Saya Gila Buku.

This is sticky mode..please scroll down for new entry.

Jangan risau saya bukan nak buat ulasan pasal buku..tapi saya nak listkan apa buku yang saya sedang baca..yang masih lagi terkedek-kedek nak habiskan...

1.   Apa Bakat Saya? Penulis: Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussain
2.   OKB! Orang Kaya Bertakwa. Penulis : Chef Li
3.   Rich Dad Poor Dad. Penulis : Robert T.Kiyosaki
4.   From Third World to First : Lee Kuan Yew

dan ada beberapa lagi .. segan sebenarnya..sebab saya ni lembab sket membaca.. hahahah

Sebelum ini saya tidak la segila begini membaca buku-buku begini. Dulu, saya gila membaca buku cintan cintun  tetapi, semua buku-buku novel zaman cintan cintun itu telah berjaya diJUAL di Pasar Terbuka di MAEP. Masih ada berbaki satu tong lagi.

Alhamdulillah, kawan saya yang berada di Perak sudi menyedekahkan kepada saya semua koleksi bukunya untuk dijual dan bos saya menyedekahkan semua majalah yang tidak digunakan di pejabat juga untuk dijual. Dan niat saya, semua hasil jualan buku novel-novel  dan majalah itu akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang akan dikenalpasti.

Projek ini juga saya jayakan bersama dengan kak pnut..alhamdulillah, minggu lalu beliau telah menghantar baju-baju terpakai ke rumah Perihatin di Kajang. Malangnya saya tidak dapat turut serta (rasa bersalah masih ada lagi ni) Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya saya tergerak hati untuk masuk pertandingan yang dianjurkan oleh Pihak PTS. Beranganla dulu kot kalau dapat hadiah mini library tu..bleh le saya dermakan kepada rumah kebajikan kan..ada ke peluang saya sebenarnya?? saya ni tak pernah pun menang kalau masuk pertandingan macam tu..tapikan..rezeki tu kan Allah SWT yang beri..tak salah mencuba kan..??

Itu la...rezekikan...alhamdulillah, lepas daftarkan laman web ni untuk mendapatkan buku percuma dengan hanya meletakkan banner SAYA MAHU HADIAH PTS BACA DAN MENANG...saya dapat email ini....taraaaaaa....



Yey...syukran...hadiah tahun baru saya...hey..nanti...anda semua pun boleh masuk tau..mana tau..bleh dapat hadiah cam saya..Caranya..sila klik banner SAYA MAHU HADIAH PTS BACA DAN MENANG di sebelah kanan blog ini...Selamat mencuba..

.....


  1. Saya suka pergi PASAR..tapi...tak suka bila...kalau si penjual tu hisap rokok sambil potong ayam ke...siang ikan ke...susun sayur ke...kacau mee dalam kuali ke...eeeiiiiiiiiiiiiiiiiii....ikutkan hati saya...nak je sound kan..tapi ermmm...confirm tak beli laa kat kedai dia..


  2. Saya suka sangat KAMERA saya tapi...tak suka bila...boleh la plak..tertinggal memori card dalam card reader di rumah..ermm jadi masa hari raya aidil adha yang lepas..eeeeeiiiiii...bukan rezeki saya nak ambik gambar korban lembu..


  3. Saya suka sangat PANTAI ... tapi...tak suka bila...nak tukar baju kat bilik air ...bilik air macam hampeh..dah la..dah la kene bayar 50sen nak masuk...eeeeiiiiiiiii...geli geleman..tau..


  4. Saya suka MEMASAK ... tapi..tak suka..bila apa yang kita masak tak abih dimakan...atarnya...saya masak tak sedap la tu...hahahaha


  5. Saya suka PEMBACA BLOG SAYA...tapi tak..berapa suka...kalau tak de yang nak tinggalkan jejak kat saya...say hi saja pun tak pe... :P

ni...maksudnya entry...buang masa...sebenarnya..ralat sangat sangat...bawa kamera tapi tak bawa memori card...hurmmmmm...what to say...hurmmmmm.....ada hikmat lain sebenarnya...







Siapa kata pantai di Malaysia tak cantik..ni gambar masa zaman dolu-dolu..saya korek-korek...akhirnya saya jumpa ini..

Gambar 1 ..Pulau Beras Basah, Langkawi. Gambar 2..Kapalai Resort, Sabah. Gambar 3.. Pantai Pasir Hitam, Langkawi..(ini bukan iklan kasut cr*cs ye) Gambar 4..Pulau Beras Basah, Langkawi dan Gambar 5.. Survivor Island, Sabah.

Makan lagi!

Lauk lepas raya yer dak..bila pulang ke kampung..mertua ku la..jarang sangat dapat makan ketupat daun kelapa tu...jeng-jeng-jeng..apa agaknya..ni lauk lepas raya..apa yang ada je la ...



 

Busukkk ke???

Apala saya ni kan...baru perasan ada durian dalam peti sejuk..haaa... sayang kan kalau nak buang. Apa saya nak buat ye..hahahahah apa lagi tempoyak la...durian ni dibeli oleh adik saya seminggu yang lalu (teruk betul saya ni kannnn)..



Saya memang suka tempoyak..walaupun, orang kata ia busukkk..busuk tapi sodappppppppp....kalau buat sambal tempoyak...huhuhu...heaven..sotong masak lemak tempoyak ke...pucuk kayu tempoyak tu...sedapnya....tak pe...saya masih ada stok tempoyak yang saya buat dulu..jadi tempoyak yang baru nak buat ni kira tempoyak baru laaa kan...

 

Macam mana nak buat tempoyak..ok, berikut adalah cara-cara buat tempoyak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Durian la..
2. Garam
4. Bekas untuk memerap durian. (saya gunakan botol kaca yang kosong)



Caranya ialah :
1.  Asingkan isi durian dari bijinya dan masukkan  ke dalam satu bekas kosong.
2.  Campurkan dengan sedikit garam (ikut suka -     biar masin pun tak pe)
3.  Kacau sehingga sebati
4.  Akhir sekali, masukkan ke dalam botol kaca untuk diperap.
5.  Perapkan durian tadi selama seminggu atau dua minggu. Selepas itu, durian perap itu bertukar 
     menjadi tempoyak.

Saya lebih suka perapkan di dalam peti sejuk kerana rasanya akan lebih manis berbanding di luar. Kan ke senang..kalau nak buat sambal tempoyak, tumbukkan cili dan campurkan dengan tempoyak serta gaul..maka jadilah ia sambal tempoyak. Tapi saya tak de gambar sambal tempoyak...heheheh



Tara...siap sudah...lepas ni bleh simpan dalam peti sejuk..tunggu 1 - 2 minggu sebelum bertukar menjadi tempoyak...selamat mencuba...



Sebenarnya niat dihati nak ulang membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Tapi masih tidak berkesempatan melaksanakannya...

Jika di sini, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha yang lebih dikenali raya korban tetapi bagi bakal-bakal haji di Makkah..mereka semua akan berkorban untuk melaksanakan ibadah Haji..Ibadah Haji adalah salah satu rukun Islam yang lima..Semalam adalah 8 Zulhijjah mengikut kalendar islam, maknanya semalam juga semua jemaah haji berada di bumi arafah untuk melakukan ibadah wukuf. Bermula la, Ibadah Haji...


Wukuf di arafah adalah kemuncak haji. Bermula waktu zuhur sampailah terbenam matahari. Waktunya sangat singkat. Selepas Zohor, keluarlah ke tanah lapang untuk berdoa..Ketika ini dikatakan pintu langit terbuka luas. Berdoalah apa saja, insya-Allah ia akan diangkat terus ke langit. (petikan dari buku THMSI)ermm...seolah-olah saya turut berada disana..
Ya Allah, ku mohon suatu hari nanti aku juga adalah tetamu MU. AMIN
Selepas ibadah wukuf di Arafah, semua jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah. Bermalam di Muzdalifah adalah Wajib Haji iaitu..sekiranya ditinggalkan akan kene Dam. Maka, malam ini semua jemaah sedang bermalam di Muzdalifah. Selepas selesai, jemaah akan bergerak ke Mina. Di Mina, ibadah melontar akan bermula. Terdapat 3 tempat ibadah melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul wusta dan Jamratul aula..ermmm..Ibadah ini akan dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah maka hari yang sama juga adalah diharamkan untuk umat islam berpuasa. 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha dan 11, 12 dan 13 Zulhijjah dikenali sebagai hari-hari Tashrik.


Selesai ibadah melontar, jemaah haji akan bertahalul awal. Selepas itu, jemaah haji akan melaksanakan tawaf haji dan diikuti dengan saie. Selesai Saie, sebelum meninggalkan Makkah, mereka diwajibkan melaksanakan ibadah Tawaf Widak iaitu Tawaf meninggalkan Makkah...selesai lah sudah ibadah haji... ermmm...selepas itu semua jemaah haji akan terus ke Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah SAW.

Apa pun kepada semua jemaah haji, moga pulang dengan haji yang mabrur


Saya ni menulis tentang bagaimana melaksanakan ibadah haji...macamlah saya pernah melaksanakannya..ini semua berkat ilmu yang saya dapat dari membaca buku THMSI. Di tambah pula sedikit ilmu agama yang saya pelajari semasa bersekolah agama di Negeri Johor. Bila membacanya, boleh la sikit recall balik ilmu-ilmu agama yang pernah saya pelajari dulu. Syukur, dahulu saya juga tamat darjah khas sekolah agama negeri Johor walaupun hanya dengan pangkat 3!!heheh...cam riak dah bunyinya

Bagi masyarakat kita di Malaysia, Hari raya aidil Adha akan diadakan acara-acara korban. Masa ni lah..dapat merasa daging korban free...Acara korban akan dilakukan selepas tamat solat raya. Perkara yang harus kita ketahui mengenai daging korban adalah :

  1.  Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.

  2.  Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau 
       mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.

  3.  Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi
       harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.

  4.  Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah
       sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian
       diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.

  5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.
    

....Apa yang boleh dikorbankan??

  1.  Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.


  2.  Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.

  3.  Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan
       tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Maka, moga maklumat ini boleh dikongsi bersama. Maaf la, entry kali ini tiada gambar..


Cuti Sekolah datang lagi..

Cuti sekolah datang lagi. Jika dahulu, bila datang je cuti sekolah ibu bapa akan menghantar anak-anak pulang ke kampung. Tapi mak-mak sekarang dah moden. Selalunya cuti sekolah, masa akan dihabiskan dengan jalan-jalan cuti 1 malaysia. Dulu..kalau kata nak pegi Kolumpo pun dah cukup gah kalau jiran dengar..yer la..dari Johor ke Kolumpo..kan ke jauh...sekarang..udah tak herannya...Bahkan..Bali, Bandung pun dah macam rumah kedua..(mengata la tu)

Melalut panjang la plak!!!. Sebenarnya nak citer pasal Cuti-cuti Langkawi..bukan saya bercuti pun..nak kongsi tips dan maklumat perjalanan jika kenkawan semua nak ke Langkawi. Ok, secara peribadi la..kalau nak pergi bercuti ke Langkawi..janganlah pegi waktu cuti sekolah sebab..semua harga barang dan sewa kereta pasti akan naik dengan mendadak..perjalanan yang bijak haruslah dirancang dengan teliti..oleh yang demikian, entry mengenai Waterworld Langkawi.

Waterworld Langkawi terletak di Pantai Chenang. Entry masuk untuk Warga Malaysia adalah RM28.00 untuk dewasa dan RM18.00 untuk kanak-kanak. Waktu operasi adalah 9.30 am - 6.30 pm (isnin - khamis), 9.30 am - 8.30 pm (jumaat - Ahad) dan 9.30 am - 8.30 pm (public holiday). Maka adalah dinasihatkan untuk datang awal untuk mengelakkan beratur panjang..sebab cuti sekolah mestila ramai yang nak datang kan...pastikan datang pagi sebab ada acara memberi makan kepada haiwan-haiwan tertentu.

Apa yang best kat sini, ada en penguin yang sangat macho...tapi gambar tak dak la plak... Akuarium yang menempatkan sang-sang macho ni..sangatlah besau...haiwan lain seperti anjing laut...ikan pari..jerung (kecil je tak sebesar kat akuaria KLCC)  bak kata macam-macam ada...




Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web Underwater world Langkawi di http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/




Bila musim cuti sekolah, maka banyak laaaa majlis kahwin akan berlangsung...agak-agak dah berapa keping kad jemputan dapat?? tapi sekarang ni serba canggih..jemputan kawin pun main hantar email je, tak pun sms...hik2..agak-agak zaman akan datang camner la plak erk??

hahahaha...makan lagi...dek kerana nak menghabiskan stok makanan kan...saya buat yang ala kadar je...sup tofu telur (kegemaran adik), ayam goreng cili dan telur goreng hotdog...


Balas Dendam!!

Oleh kerana hujung minggu yang lalu saya tidak memasak untuk keluarga (sebab buat-buat sibuk dengan hal dunia)  Semalam, saya balas dendam dengan memasak. (Bunyi macam la terror sangat masak) Sebenarnya nak mengabiskan stok dalam peti sejuk. Kan ke ujung minggu ni Hari Raya Aidil Adha. Cadangannya hendak pulang ke kampung, tapi tak tau la lagi camner erk...


Menu malam tadi..Ikan keli goreng, Bendi goreng berlada dan sambal kicap....ku hentam je la..asal sedap nak makan..


Tapi kan, ada menu tambah lagi keropok lekor..tapi dek kerana khayal mengambil gambar kan...tengoklah apa dah jadi keropok lekor saya...hahahahaha

Dan ada baki sket sayur malam tadi...sebab keluarga saya memang susah nak makan sayur..kecuali saya yek...saya hantu sayur...ok..maka, pagi ini saya bawa la bekal lauk semalam. (segannya...hihihi)

Taraaaaaa......


Saya suka sangat bekas bekal saya...Bekas Tupperware laaa..(promote tupperware la plak..)..hihihih..maka...tengahari nanti, masukkan saja dalam microwave dan panaskan jeee....sonangkan...lepas tu makan..


Sibuk adalah satu alasan..

Tajuk sahaja sudah keras untuk dikatakan...saya menyalahkan diri sendiri kerana sibuk sangat dengan hal-hal dunia..kan...KERCH...please..

Jadual saya sangat pack pada ujung minggu. Sebabnya, setiap sabtu saya pergi berniaga di Pasar Terbuka di Serdang. Dari pukul 4 hingga ke pukul 12 malam. Selalunya, selepas zohor saya sudah bertolak ke sana dan pukul 1 pagi barulah saya tiba di rumah. Jiwa bersemangat nak buat apa saja tetapi badan saya tidak mampu menanggungnya..penat tak payah cakap lah...tapi memang sudah minat meniaga, saya gagahkan juga..seronok jumpa kenkawan. Entry untuk Pasar Terbuka di MAEP akan saya masukkan kemudian ye..

Saya rasa sangat bersalah minggu ini, sebab saya tidak sempat nak masak sedap-sedap untuk keluarga saya.. Hari ahad pun saya keluar juga untuk menemankan bakal adik ipar saya berbelanja last-last minit untuk majlis kahwin pada hari raya haji ini. ermm...apa nak jadi ngan saya ni...

Okla, tinggalkan dulu bab-bab itu...saya nak cakap pasal makan...Makan..makan..sebab bila makanlah..kami sekeluarga dapat berkumpul tau..


Since kakak tak nak makan nasi..dia ni memang banyak sket..so malam tadi saya masakkan la...udah tak ingat la plak apa benda namanya...jap saya recall balik..namanya..RIGATONI OLIO. Italian sungguh, chet...resepi sonang ajo...tapi apsal laaa..mahal bebenor extra virgin olive oil tu kan...saya dapat resepi ni dari kawan.......tapi bila sayur tu di susunnya di tepi pinggan. ermmm, camner nak suh kakak makan sayur yek..??

Since dah terlalu lama tak update gambar anak-anak..juga di dalam fb pun saya tak letak gambar-gambar baru mereka...adik dah pandai pandang kamera dan berposing..dia baru je baik dari cirit-birit..senyum jangan tak senyum ye dik...tapi cakap jerman dia tetap keluar...moga bila besar nanti jadi insan berguna ye..amin..


Kakak plak..agaknya nak tunjuk gigi dia yang dah kene cabut kot..2 batang gigi susu udah dicabut oleh ayahnya..ermmm kakak ni penakut sket. Suka nangis..saya baru tau sebenarnya dia tak suka menari..ermmm.....Tahniah atas result yang lepas......moga ia akan berterusan..amin..

Inilah permata hati kami sekeluarga..(skema betul entry kali ini) hahahahh

BUKAN atuk saya..yee



Ini bukan atuk saya yeee..
Dia adalah seorang pawang di rumah panjang Kuching, Sarawak. Umurnya sudah hampir 100 tahun atau lebih (rasanya laaa..hensem tak??). Gambar ini saya ambil setahun yang lalu. Banyak pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Pengembaraan seluruh Sarawak banyak mengajar saya supaya lebih bersyukur kepadaNya. Kadang kala kita sebagai umatNya lupa dan alpa dengan dunia..dan ada banyak juga gambar yang akan saya korek-korek untuk dikongsi bersama.

Gambar ni dah lama sangat terperuk dalam HDD saya....Masa kakak dulu saya semangat sungguh nak mengambil gambar dan simpan buat kenang-kenangan. Tapi bila tiba giliran adik ... haiya..sangatlah malas nak buat semua tu..tak baik sungguh kan...nanti terasa plak anak bujang ni (macam kene ngan diri sendiri je..ouch!!)

Masa ni, kami sekeluarga pergi ke KL International Bird Park. Tiket dapat dengan harga murah semasa MATTA Fair. Jadi kenkawan semua, kalau nak dapatkan tiket-tiket murah untuk masuk KL Bird Park atau Aquaria ke...atau yang  seangkatan dengannya..boleh dapatkan semasa MATTA Fair..berlangsung..sebab memang murah dari biasa. Satu lagi tips, nak pegi MATTA Fair datanglah pada hari jumaat kerana masa itu tidak ramai lagi..kalau tidak..hai..bau tekiak hangit je la sebab berhimpit-himpit dengan orang yang sangat ramai.

Ameer (adik) ni nampak je garang sebenarnya..tapi memang garang tau..kalau main ngan kakak abih la...mesti nangis. Ligat dia tuhan saja yang tau..tapi garang-garang dia pun...PENAKUT sebenarnya...
See, tengok burung camtu pun dia minta ayah dia dukung tau...tapi bila garang dia sampai..saya pun abih kene lepuk ngan dia...




Ntah apa yang diborakkan ngan ayah. Adik dah berusia 29 bulan (2 tahun 5 bulan) tapi masih lambat bercakap. Dia akan bercakap bahasa jerman yang susah untuk difahami. Kenkadang kesian gak ngan dia ni...hikhik..yer la dah saya pun tak paham apa yang dia kata..abih-abih saya kene lepuk balik..Keluarga saya ni sangatlah susah nak ajak bergambar tau...dapat snap cam ni pun syukur Alhamdulillah.. Kakak, Ayah dan Adik...Saya...MANA??? hahahahaha... moga keluarga ini kekal aman bahagia sehingga keakhir hayat...AMIN..

Menu Kitar Semula

Bila ada baki makan tengahari ikan cencaru yang saya bakar tu ... hasilnya makan malam kelmarin saya masakkan lemak daun cekur je...main campak-campak je...sebab saya bukannya pandai sangat masak pun. Asalkan tak de yang merungut tak sedap..

Sayur saya masak kailan ikan masin dengan telur goreng. Oleh kerana, saya ni hantu pedas sambal kicap yang masih ada dalam peti sejuk buat tambah lauk. Alhamdulillah, abih pun semua licin.


Orang Baru..Tahniah..




Tahun ini adalah tahun paling meriah sebab kami menerima 3 menantu sekali setahun. Alhamdulillah. Saya mengucapkan kepada adik-adik saya tahniah dan semoga perkahwinan yang dilayari aman bahagian dan cepat-cepat tambah bilangan cucu emak ye. Perkahwinan adalah satu perjudian. Ada masa ia surut dan pasang.

Musim cuti sekolah bermula, maka musim majlis kahwin juga bermula. Dua minggu lagi, adik saya yang ketiga akan berkahwin. Tapi, negeri-negeri utara dilimpahi air bah..bagaimana tu??  Moga kalian selamat pergi dan selamat pulang serta majlis dapat berlangsung dengan lancar. Amin

Alhamdulillah, nampak ada cahaya matahari pagi ini. Semalam bumi Nya seharian dituruni rahmat. moga-moga kering kain saya hari ini.. :P   Amin..

Entry kali ni nak sambung balik pasal buku...Asyik buku je kan...Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama.

Tajuk buku  : Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Penulis        : Muhd Kamil Ibrahim

Ulasan Buku:



Buku ini adalah sambungan dari buku pertama yang bertajuk Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang telah saya ulas sebelum ini. Pada pandangan saya, buku ini mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh penulis selepas proses menunaikan ibadah haji. Adakah kehidupannya akan berubah secara total atau perubahan itu hanya sekerat jalan sahaja?


Sama juga dengan kehidupan kita seharian, mungkin hari ini kita adalah individu yang sentiasa bersemangat untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan tetapi ada ketikanya...masa-masa lalai akan tiba. Cerita-cerita yang digarap cukup menarik untuk dikongsi dan mungkin tidak jauh beza dari kehidupan kita seharian.  


Amalan solat fardu berjemaah dan solat dhuha banyak ditekankan di dalam buku ini. Secara tidak langsung ia juga terkesan kepada saya. Bukan mudah untuk laksanakannya kalau kita sendiri tidak benar-benar mendisplinkan diri untuk itu. Saya cabar semua..cubalah seminggu untuk laksanakannya..lakukan dengan rasa benar-benar ikhlas dan saya percaya anda semua akan memperolehi hasilnya. Tetapi bukan sekadar solat fardu berjemaah dan solat dhuha sahaja, penulis juga ada menceritakan tentang ibadah ikhtikaf. Bagaimana rasanya berikhtikaf di masjid di waktu-waktu yang umat manusia sedang enak diulit mimpi.. (saya cemburu sebenarnya..huk huk huk)


Cerita penulis mengenai kawan baiknya, yang benar-benar berharap untuk penulis sendiri mengimami solat jenazah untuknya benar-benar menusuk hati saya. Siapa lah saya..bayangkan penulis berjaya khatam al-quran sepanjang Ibadah Haji berlangsung sedangkan sebelum itu beliau tidak mengenali huruf-huruf muqqadam. Bukan itu saja, beliau juga habis membaca tafsir Al-Quran sepanjang berada di Madinah. Masya-Allah, syukur saya...bila membacanya..saya sendiri meremang..mengalir air mata kerana sesungguhnya Allah SWT itu sangat berkuasa.


Terlalu banyak untuk diungkapkan disini. Kesannya, ia terlalu banyak meninggalkan perkara-perkara baru dalam hidup saya. Kepada penulis, terima kasih tidak terhingga. Memang berbaloi-baloi untuk memiliki buku ini..(dah macam iklan la plak)


Saya ada banyak lagi buku lain untuk dikongsi...tak salahkan kalau saya nak buat ulasan...sebab sharing is caring...ouch!



Wah...tajuk pun dah takut. Memang benar Iman tidak diukur dengan pangkat atau darjat yang kita ada. Tetapi akhir zaman ini..macam-macam ada..Dua bulan yang lalu saya berjaya menghabiskan 2 buah buku yang mampu menggoncang iman saya sendiri. Terasa diri saya sangatlah kerdil..


ULASAN BUKU :


Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
Penulis : Muhd Kamil Ibrahim










Sebuah buku motivasi dakwah yang boleh menggoncang hati seorang muslim. Muhd Kamil Ibrahim adalah SESEORANG di dunia pendidikan pengajian tinggi. Buku ini mungkin ibarat membuka pekung didada bagi SESEORANG seperti penulis. Tetapi ironinya, cerita yang digarap dengan kemas didalam buku ini mampu membuatkan pembaca bukan sekadar menitiskan air mata tetapi mungkin memberi keinsafan yang sangat mendalam dalam diri.


Saya sendiri bukanlah dari kategori yang sangat alim dan tawaduk dalam mengerjakan suruhanNya. Tetapi siapa sangka dengan membaca buku ini menyebabkan saya sendiri terdetik untuk menilai di manakah tahap saya sekarang. Kepada penulis, segala yang dicurahkan didalam bukunya mungkin mampu mengubah sempadan iman pembacanya. (ayat cam sama ngan tajuk buku la plak ..)


Ketabahan dan kesabaran isterinya dalam menangani kerenah penulis mungkin wajar menjadi tauladan. Contoh kata-kata isteri penulis



“ Allah memberikan abang satu rahmat. Abang mudah bangun tengah malam. Boleh menulis. Orang lain susah hendak bangun. Saya juga susah. Alangkah baiknya, selepas bangun, sebelum menulis, abang solat Tahajud, Hajat dan Taubat. Minta dengan Allah supaya dia berikan abang jawatan Profesor. Dia yang menentukan rezeki manusia.”


Ia memang benar-benar menikam kalbu. Keazaman penulis untuk sentiasa bersolat dekat dengan kaabah memang patut dijadikan panduan kepada semua umatnya bukan sahaja bakal-bakal haji. Walau pun saya tidak pernah sampai di sana lagi…membaca buku ini memang membuatkan saya seolah-olah turut serta dalam perjuangan penulis melaksanakan ibadah haji. Bahkan di dalam buku ini juga ada menunjukkan cara-cara untuk menguncup hajar aswad dengan mudah. (teringin sangat nak kesana sebenarnya).
 Penulis juga ada bercerita bagaimana beliau merasakan beliau adalah tetamuNya yang paling istimewa. Memang benar, sesiapa sahaja mungkin boleh menjadi tetamuNya tetapi tetamu yang bagaimana yang dimaksudkan terpilih?? Sebanyak mana pun kekayaan yang kita ada belum tentu kita terpilih menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Dan jika menjadi tetamuNya, belum tentu kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah kepadaNya di sana. Pengalaman yang dikongsi oleh penulis benar-benar membuatkan saya sendiri tersentak dengan kehidupan yang saya lalui hari ini..(bunyi macam saya ni hampeh betul..).

Buku ini boleh dibeli dengan harga RM26.00 dan ianya adalah cetakkan dari PTS Islamika dan boleh dibeli secara online disini. Banyak lagi yang menarik di dalam buku ini. Tidak rugi membelinya.


Buku ini juga mempunyai kesinambungan dengan buku kedua yang bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini menceritakan bagaimana penulis meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim selepas pulang dari Makkah. Pandangan saya kehidupan adalah lebih getir dari sebelumnya. Ulasan buku tersebut akan saya buat di lain hari.



pssssssttt : saya membuat ulasan adalah berdasarkan apa yang saya baca. Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama. Sebab sharing is caring..ouch...


Last week, tadika kakak menganjurkan Konsert tahunan. Apalagi, macam-macamlah permintaan dia. Seminggu sebelum konsert tu dia bawa pulang baju konsert..haiya, tepuk dahi saya dibuatnya. Yer la...udah la anak dara saya ni hitam si tampuk manggis...sekali kena pakai baju cheong sam daaaa... Nak buat camner kan.. kakak kene menari tarian chop stik katanya...Macamana rupa tarian tu..saya pun tak tau..




Konsert bermula pada pukul 8 malam tapi pukul 6.30pm dah kene ada di dewan...haiya..ini la yang saya kurang berkenan kalau majlis dimulakan waktu-waktu kritikal macam ni..sudahla surau tiada.

Macam-macam gelagat diatas pentas...ada yang nangis la..ada yang happy je..kakak plak..biasa la anak dara saya kan...cam tak de perasaan je..Konsert tamat dalam pukul 10 rasanya..sebab saya pulang awal..walau pun kakak nak jugak stay..kami semua penat dan kepanasan sebenarnya..hahah

Balik saja dari konsert, agaknya kepenatan teramat sangat...sampai tidur pun mengigau. Kakak oh kakak...

Hujan itu RAHMAT

Sekarang sudah masuk musim tengkujuh..kesannya..tetiap petang mesti hujan..kesan lain juga..alamat baju memang susah la nak kering. Maka aktiviti luar kenala dikurangkan. Kakak dan Adik sudah seminggu batuk dan selesema. Saya kena lah standby chamber dia ... moga cepat sembuh ye..

Tahun lepas, kami beraya di hospital. Boleh dikatakan selang 2 tahun mesti masuk hospital. Tahun sudah dua-dua masuk hospital. Harapnya tahun ni dan sampai bila-bila pun janganlah perkara ini berulang lagi. Yer la...budak kecil kalau sakit ... nangis je la.

Dua minggu dari sekarang semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Syukur kepada mereka-mereka yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT. Harapnya suatu hari nanti kami sekeluarga juga begitu. Amin.


Sebulan yang lalu, saya ada membeli 2 buah buku yang memang sangat menarik untuk dibaca. Saya sudahpun habis membacanya. Sehingga kini saya masih ingat intipati buku itu. Sangat menyentuh hati dan sanubari saya. Nak tau apa buku itu...tunggu entry seterusnya...Insya-Allah, blog kali ini akan saya mengenai buku-buku yang telah saya baca..

Jika dulu, saya banyak membaca novel-novel yang banyak membawa saya kepada dunia khayalan kini sejak usia makin meningkat (...macamlah saya ni tua sangat...chet!! tak mengaku tua tu..)saya rasa cukuplah .. kepala ni sudah tidak boleh menerimanya. Alhamdulillah, semua koleksi novel tu telah pun berjaya dijual dalam tempoh 3 minggu. Tetapi, saya juga masih mempunyai beberapa koleksi untuk dibeli.

Saya sebenarnya sanggup berhabis untuk membeli buku..ermm...minggu  ni ada jualan gudang kan...sib baik tengah bulan kan...poket pun tak selebat hujan yang turun kat luar tu..walhal saya ada 3 - 5 buku lagi yang belum habis dibaca..insya-Allah, entry akan datang saya akan ulas dulu 2 buah buku itu.

Buku ini wajar dijadikan pedoman untuk bakal-bakal haji. Semangat dan kecekalan pengarang memang wajar dijadikan tauladan kepada semua.



Tidak pernah le saya buat kerja-kerja gini...tapi oleh kerana hujan di luar..dan saya pun tak boleh nak balik..maka saya bantutkan perjalanan pulang ke rumah. Tau-tau je la kan...orang Malaysia ni kalau hujan dia jadi panik..bila panik sure jammed nyer..


Sudah dinamakan rezeki, Jimmy tetiba muncul kerana dibawa oleh salah seorang rakan kami. Apa lagi, kamera pun sedang elok diatas meja. Kami pun p le dengan muka tak malu ajak si Jimmy ni bergambar...sebenarnya saja je ambik gambar sebab nak jeleskan kawan kami...dia ni memang kaki blog...blog dia disini.. Puan Sumi...hik...ambik ...akhirnya..satu jeritan kedengaran keesokkan harinya...hihihihihi..


Comel je si Jimmy ni..


p/s: tetiba je rasa macam saya dah semakin membesar...hehehe



Bila MALAS macam saya..inilah yang akan saya masak. Makanan kegemaran kakak. Tekak kakak lebih kepada western food berbeza dengan adik dia..lebih suka makan nasi kosong je..senangkan.

Mushroom sup tu saya guna yang Ma**i instant je..tambah ngan sebiji telur. Then Garlic Bread tu saya buat sendiri. Guna je roti dari babuu yang lalu tiap petang tu..Alhamdulillah...habisssss licin...senang keje saya...tapi sudahnya tengah malam karang adalaa yang akan selongkar dapur suh masak Ma**i...tunggu dan lihat saja...

Cekodok




Inilah makan malam kami malam tadi. Gara-gara penyakit jemu makan nasi tiap-tiap malam. Nasib baik tak de yang berbunyi komplen pasal menu malam tadi.

Saya pun bukanlah pandai sangat memasak. Main hentam aje.. asalkan cekodok ni habis licin dimakan. Syukur sebab tak membazir. Tetiba je jadi rajin pulak nak menangkap gambar. Sudah lama saya tidak buat kerja-kerja begini. Sibuk nak makan...kita pun sibuk la..nak mengambil gambar..hahahahah..


______________________________________________________________________________________________________
Urusan persekolahan kakak sudah selesai tadi. Lega rasanya. Kenkadang nak gelak pun ada memikirkan gelagat kakak ni. Ade ke dia tak nak sekolah tadika lagi..mau pening kepala saya nak buat trick camner nak menjawab semua soalan ajaib dia. Menangis bagai nak rak..sebab tak nak dah sekolah tadika padahal umur tahun depan baru 6 tahun. Akhirnya, tahun depan kakak akan bersekolah di tadika lain. Budak-budak sekarang ... demand lebih. 

Moga kakak akan lebih bersungguh-sungguh belajar. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada kakak cuma saya berharap dia akan lebih confident bila berdepan dengan orang ramai. Sebabnya kakak ni cengeng sket. Kakak oh kakak..

Hello world!

Salam semua...
Akhirnya saya membuka satu lembaran baru untuk bercerita tentang kehidupan..sesungguhnya ini bukan blog pertama saya. Andai ada yang mengenali saya...what a small world kan?

Terima kasih.

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails