Korban, mengorban dan pengorbanan



Sebenarnya niat dihati nak ulang membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Tapi masih tidak berkesempatan melaksanakannya...

Jika di sini, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha yang lebih dikenali raya korban tetapi bagi bakal-bakal haji di Makkah..mereka semua akan berkorban untuk melaksanakan ibadah Haji..Ibadah Haji adalah salah satu rukun Islam yang lima..Semalam adalah 8 Zulhijjah mengikut kalendar islam, maknanya semalam juga semua jemaah haji berada di bumi arafah untuk melakukan ibadah wukuf. Bermula la, Ibadah Haji...


Wukuf di arafah adalah kemuncak haji. Bermula waktu zuhur sampailah terbenam matahari. Waktunya sangat singkat. Selepas Zohor, keluarlah ke tanah lapang untuk berdoa..Ketika ini dikatakan pintu langit terbuka luas. Berdoalah apa saja, insya-Allah ia akan diangkat terus ke langit. (petikan dari buku THMSI)ermm...seolah-olah saya turut berada disana..
Ya Allah, ku mohon suatu hari nanti aku juga adalah tetamu MU. AMIN
Selepas ibadah wukuf di Arafah, semua jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah. Bermalam di Muzdalifah adalah Wajib Haji iaitu..sekiranya ditinggalkan akan kene Dam. Maka, malam ini semua jemaah sedang bermalam di Muzdalifah. Selepas selesai, jemaah akan bergerak ke Mina. Di Mina, ibadah melontar akan bermula. Terdapat 3 tempat ibadah melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul wusta dan Jamratul aula..ermmm..Ibadah ini akan dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah maka hari yang sama juga adalah diharamkan untuk umat islam berpuasa. 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidil Adha dan 11, 12 dan 13 Zulhijjah dikenali sebagai hari-hari Tashrik.


Selesai ibadah melontar, jemaah haji akan bertahalul awal. Selepas itu, jemaah haji akan melaksanakan tawaf haji dan diikuti dengan saie. Selesai Saie, sebelum meninggalkan Makkah, mereka diwajibkan melaksanakan ibadah Tawaf Widak iaitu Tawaf meninggalkan Makkah...selesai lah sudah ibadah haji... ermmm...selepas itu semua jemaah haji akan terus ke Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah SAW.

Apa pun kepada semua jemaah haji, moga pulang dengan haji yang mabrur


Saya ni menulis tentang bagaimana melaksanakan ibadah haji...macamlah saya pernah melaksanakannya..ini semua berkat ilmu yang saya dapat dari membaca buku THMSI. Di tambah pula sedikit ilmu agama yang saya pelajari semasa bersekolah agama di Negeri Johor. Bila membacanya, boleh la sikit recall balik ilmu-ilmu agama yang pernah saya pelajari dulu. Syukur, dahulu saya juga tamat darjah khas sekolah agama negeri Johor walaupun hanya dengan pangkat 3!!heheh...cam riak dah bunyinya

Bagi masyarakat kita di Malaysia, Hari raya aidil Adha akan diadakan acara-acara korban. Masa ni lah..dapat merasa daging korban free...Acara korban akan dilakukan selepas tamat solat raya. Perkara yang harus kita ketahui mengenai daging korban adalah :

  1.  Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.

  2.  Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau 
       mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.

  3.  Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi
       harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.

  4.  Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah
       sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian
       diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.

  5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.
    

....Apa yang boleh dikorbankan??

  1.  Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.


  2.  Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.

  3.  Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan
       tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Maka, moga maklumat ini boleh dikongsi bersama. Maaf la, entry kali ini tiada gambar..


2 comments:

pizli.mw said...

Saya ada beli buku tu, tapi tak terhabis² baca lagi.. hehe.. tapi cara tulisan mcm tu memang lagi senang faham dan menarik rasanya..

November 26, 2009 at 11:21 AM  
kerch said...

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails