Wah...tajuk pun dah takut. Memang benar Iman tidak diukur dengan pangkat atau darjat yang kita ada. Tetapi akhir zaman ini..macam-macam ada..Dua bulan yang lalu saya berjaya menghabiskan 2 buah buku yang mampu menggoncang iman saya sendiri. Terasa diri saya sangatlah kerdil..


ULASAN BUKU :


Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
Penulis : Muhd Kamil Ibrahim










Sebuah buku motivasi dakwah yang boleh menggoncang hati seorang muslim. Muhd Kamil Ibrahim adalah SESEORANG di dunia pendidikan pengajian tinggi. Buku ini mungkin ibarat membuka pekung didada bagi SESEORANG seperti penulis. Tetapi ironinya, cerita yang digarap dengan kemas didalam buku ini mampu membuatkan pembaca bukan sekadar menitiskan air mata tetapi mungkin memberi keinsafan yang sangat mendalam dalam diri.


Saya sendiri bukanlah dari kategori yang sangat alim dan tawaduk dalam mengerjakan suruhanNya. Tetapi siapa sangka dengan membaca buku ini menyebabkan saya sendiri terdetik untuk menilai di manakah tahap saya sekarang. Kepada penulis, segala yang dicurahkan didalam bukunya mungkin mampu mengubah sempadan iman pembacanya. (ayat cam sama ngan tajuk buku la plak ..)


Ketabahan dan kesabaran isterinya dalam menangani kerenah penulis mungkin wajar menjadi tauladan. Contoh kata-kata isteri penulis



“ Allah memberikan abang satu rahmat. Abang mudah bangun tengah malam. Boleh menulis. Orang lain susah hendak bangun. Saya juga susah. Alangkah baiknya, selepas bangun, sebelum menulis, abang solat Tahajud, Hajat dan Taubat. Minta dengan Allah supaya dia berikan abang jawatan Profesor. Dia yang menentukan rezeki manusia.”


Ia memang benar-benar menikam kalbu. Keazaman penulis untuk sentiasa bersolat dekat dengan kaabah memang patut dijadikan panduan kepada semua umatnya bukan sahaja bakal-bakal haji. Walau pun saya tidak pernah sampai di sana lagi…membaca buku ini memang membuatkan saya seolah-olah turut serta dalam perjuangan penulis melaksanakan ibadah haji. Bahkan di dalam buku ini juga ada menunjukkan cara-cara untuk menguncup hajar aswad dengan mudah. (teringin sangat nak kesana sebenarnya).
 Penulis juga ada bercerita bagaimana beliau merasakan beliau adalah tetamuNya yang paling istimewa. Memang benar, sesiapa sahaja mungkin boleh menjadi tetamuNya tetapi tetamu yang bagaimana yang dimaksudkan terpilih?? Sebanyak mana pun kekayaan yang kita ada belum tentu kita terpilih menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Dan jika menjadi tetamuNya, belum tentu kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah kepadaNya di sana. Pengalaman yang dikongsi oleh penulis benar-benar membuatkan saya sendiri tersentak dengan kehidupan yang saya lalui hari ini..(bunyi macam saya ni hampeh betul..).

Buku ini boleh dibeli dengan harga RM26.00 dan ianya adalah cetakkan dari PTS Islamika dan boleh dibeli secara online disini. Banyak lagi yang menarik di dalam buku ini. Tidak rugi membelinya.


Buku ini juga mempunyai kesinambungan dengan buku kedua yang bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini menceritakan bagaimana penulis meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim selepas pulang dari Makkah. Pandangan saya kehidupan adalah lebih getir dari sebelumnya. Ulasan buku tersebut akan saya buat di lain hari.



pssssssttt : saya membuat ulasan adalah berdasarkan apa yang saya baca. Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama. Sebab sharing is caring..ouch...


3 comments:

Anonymous said...
arsaili said...

salam kenal..belom berpeluang membaca buku2 tersebut

November 16, 2009 at 10:43 PM  
Kerch said...

Salam Perkenalan,
Insya-Allah masih sempat untuk membacanya.

November 17, 2009 at 11:37 AM  

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails