Saya cabar anda semua!!

Alhamdulillah, nampak ada cahaya matahari pagi ini. Semalam bumi Nya seharian dituruni rahmat. moga-moga kering kain saya hari ini.. :P   Amin..

Entry kali ni nak sambung balik pasal buku...Asyik buku je kan...Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama.

Tajuk buku  : Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Penulis        : Muhd Kamil Ibrahim

Ulasan Buku:



Buku ini adalah sambungan dari buku pertama yang bertajuk Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang telah saya ulas sebelum ini. Pada pandangan saya, buku ini mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh penulis selepas proses menunaikan ibadah haji. Adakah kehidupannya akan berubah secara total atau perubahan itu hanya sekerat jalan sahaja?


Sama juga dengan kehidupan kita seharian, mungkin hari ini kita adalah individu yang sentiasa bersemangat untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan tetapi ada ketikanya...masa-masa lalai akan tiba. Cerita-cerita yang digarap cukup menarik untuk dikongsi dan mungkin tidak jauh beza dari kehidupan kita seharian.  


Amalan solat fardu berjemaah dan solat dhuha banyak ditekankan di dalam buku ini. Secara tidak langsung ia juga terkesan kepada saya. Bukan mudah untuk laksanakannya kalau kita sendiri tidak benar-benar mendisplinkan diri untuk itu. Saya cabar semua..cubalah seminggu untuk laksanakannya..lakukan dengan rasa benar-benar ikhlas dan saya percaya anda semua akan memperolehi hasilnya. Tetapi bukan sekadar solat fardu berjemaah dan solat dhuha sahaja, penulis juga ada menceritakan tentang ibadah ikhtikaf. Bagaimana rasanya berikhtikaf di masjid di waktu-waktu yang umat manusia sedang enak diulit mimpi.. (saya cemburu sebenarnya..huk huk huk)


Cerita penulis mengenai kawan baiknya, yang benar-benar berharap untuk penulis sendiri mengimami solat jenazah untuknya benar-benar menusuk hati saya. Siapa lah saya..bayangkan penulis berjaya khatam al-quran sepanjang Ibadah Haji berlangsung sedangkan sebelum itu beliau tidak mengenali huruf-huruf muqqadam. Bukan itu saja, beliau juga habis membaca tafsir Al-Quran sepanjang berada di Madinah. Masya-Allah, syukur saya...bila membacanya..saya sendiri meremang..mengalir air mata kerana sesungguhnya Allah SWT itu sangat berkuasa.


Terlalu banyak untuk diungkapkan disini. Kesannya, ia terlalu banyak meninggalkan perkara-perkara baru dalam hidup saya. Kepada penulis, terima kasih tidak terhingga. Memang berbaloi-baloi untuk memiliki buku ini..(dah macam iklan la plak)


Saya ada banyak lagi buku lain untuk dikongsi...tak salahkan kalau saya nak buat ulasan...sebab sharing is caring...ouch!

0 comments:

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails