Saya mengaku yang saya ada kekasih gelap. Ye, entry kali ini ada gambar..nak tau lebih lanjut?? sila ke > www.kerchstory.com

Terima kasih

Maaf tiada gambar untuk entry kali ni


Entry ini adalah entry terakhir..ia tidak bermakna saya akan berhenti di sini..tapi saya berhijrah. Saya berhijrah kerana saya memang serious dengan cita-cita dan solusi saya pada tahun ini. Eh..eh ..entry tak habis lagi...nak tau siapa KEKASIH GELAP saya?? Oleh itu..sila ke http://www.kerchstory.com/

Ye...saya telah berhijrah. SALAM.




Similajau National Park terletak di Bintulu, Sarawak. Selalunya, bila dengar nama Bintulu mesti kita akan teringatkan bandar minyak seperti di Miri, Sarawak kan...lebih kurang la..tapi Bintulu tidak la sesibuk seperti di Miri. Miri punya entry akan saya buat kemudian ye.. 

Similajau National Park telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1976 dan dibuka kepada umum pada 1978. Similajau National Park ini adalah hutan semulajadi yang menawarkan pemandangan yang sangat memukau bagi pengunjung yang betul-betul menggemari kehidupan hijau. Selain dari hidupan seperti monyet disini juga pengunjung mungkin bernasib baik untuk melihat sendiri hidupan seperti buaya air masin, ikan lumba-lumba, belangkas dan penyu yang naik ke darat untuk bertelur.

Perjalanan dari bandar Bintulu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Perjalanan boleh dibuat menggunakan bas dari bandar Bintulu hingga ke persimpangan Sungai Plant Lot dan dari simpang hingga ke Similajau National Park (9km) dengan menumpang kenderaan yang lalu lintas di situ...(nak senang sewa kereta ye..harga sewa saya kurang pasti)

Di sini, terdapat satu pantai yang dinamakan sebagai Golden Beach. Kenapa dinamakan Golden Beach?? sebabnya..bila pasir pantai ini terkena cahaya matahari ianya berkilauan keemas-emasan bukan emas tau dan bila kita pengang pasir tersebut, tangan kita tidak akan melekit seperti pasir pantai yang lain. Perjalanan untuk ke Golden Beach ini, boleh pergi dengan 2 cara iaitu...trekking lebih kurang dalam 2 - 3 jam atau menaiki bot yang boleh disewa dari Jabatan Perhutanan Sarawak.











Nasihat saya, pengunjung dilarang mandi di sungai yang terdapat disini. Perjalanan ke Golden Beach juga hanya sesuai untuk aktiviti orang-orang dewasa..jangan la pula bawa kanak-kanak bawah 12 tahun plak ke sana...haru plak kan...di sini juga, sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Kemudahan seperti bilik air, surau, chalet dan kedai makan juga ada disediakan. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian 6082-246 575 / 775.





Bako National Park merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak dan terkecil di Asia Tenggara. Ia diisytiharkan sebagai Taman Negara Malaysia pada tahun 1957. Jauhnya dari Kuching adalah 37km dan perjalanan ke Taman Negara ini hanya mengambil masa dalam 40 minit sahaja.




Apa yang ada disini? Bagi mereka yang menggemari kehijauan hutan dan alam flora mungkin tempat ini boleh menjadi satu tempat yang wajib untuk dikunjungi. Menurut pemandu bot kami koleksi batuan di sini ada yang menyerupai kepala ular, penyu dan beberapa lagi yang lain yang sangat menarik untuk dilihat. Batuan ini terhasil akibat dari hakisan ombak laut, air masin dan angin yang berlaku selama ratusan tahun. Koleksi batuan ini boleh dilihat dengan menggunakan bot yang terdapat di jeti dengan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Bot-bot tersebut boleh disewa di tempat menunggu yang disediakan. Jangan risau kerana banyak bot yang disediakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak.









Jika masih ingat, Taman Negara Bako ini pernah menjadi salah satu destinasi dalam Rancangan Amazing Race Asia 1.  Trek jalan yang disediakan sangat la membantu untuk melihat haiwan dan hidupan hijau yang mendiami kawasan ini. Kepelbagaian spesis haiwan liar seperti Bearded wild pig, Long Tail Macaques (monyet la), Silver Leaf Monkeys, Wagler's pit Viper, Flying Lemur, Fiddler Crab dan yang paling susah untuk dilihat ialah Proboscis Monkey...sebab monyet ini hanya boleh didapati di Borneo sahaja.

Nasihat saya, tempat ini tidak sesuai dikunjungi bersama anak-anak kecil yang berusia dibawah 12 tahun dan pastikan anda berkunjung seawal yang mungkin kerana terik matahari yang naik mungkin menyebabkan mood untuk melihat kecantikkan ciptaan Allah S.W.T. Untuk maklumat lanjut mengenai Bako National Park boleh layari laman web Tourism Malaysia dan Sarawak Foresty Department.




Orang sibuk anak 1stday go to school..saya plak sibuk ngan 1st day go to office...sudahnya pagi tadi terlewat bangun..adik plak malam tadi bantai minum kopi...jadi duk meneman dia baca buku ...entah apa yang dia baca saya pun tak tau.....tau tau dia dah tertido sendiri..pagi tadi, sedar-sedar sudah pukul 6 suku dah...

Kakak, no problem kejut dia...bangun sendiri laaa..then saya plak kelam kabut terus ke dapur gorengkan nugget untuk bekal kakak ke tadika...sib baik tepat pukul 7 dah sampai rumah ibu..adik, masih lagi terlentok di car seat..alhamdulillah..sampai pejabat pukul 7.37 am..

Hari ini, hari pertama saya ke pejabat untuk tahun 2010...kepala saya masih blurr..sebab dah hampir 2 minggu saya bercuti..banyak perkara kene diselesaikan..tapi kan..work smart ok...tapi sungguh..saya masih blurr...

my bos said..no new project ..pergh lega..tapi kene buat PM untuk semua projek tahun lepas....yer la budget kene cut kan..tapi sib baik projek CRM payment under unit lain..so masih berjalan..tapi cam sakit hati bila engineer yang incharge ni dari benua yang lain ... zon masa pun lain...ikut suka depa je kan nak buat vc sesuka hati.. nak kene marah ni..bill gates .sila kasi nasihat sket ngan pekerja awak ni...boleh tak hormat waktu client ni..dah la charge mahal..chet..marah nampak... dah dah..kerch, sila sambung keje anda ye..tapi...en.Bill Gates...saya serious ni...sila kasi nasihat pekerja anda ye...hormat masa client..



2010..dah pun bermula..maka..Income tax untuk 2009 haruslah diselesaikan...tahun lepas saya dapat cek sebab terlebih bayar dari en.IncomeTAX...tapi tahun ini macamana pula...since tahun lepas saya antara yang tegar membuat pengisytiharan last-last minit..maka tahun ini harapnya semua itu tidak akan berlaku lagi...sejak en.IncomeTAX buat e-filing ni...makin senang keja saya...

Apa yang boleh saya buat ialah menyenaraikan semua maklumat perlepasan cukai dan rebet cukai yang boleh dibuat..saya tidak risau sangat dengan rekod perbelanjaan saya...tapi saya sangat risau dengan rekod perbelanjaan seseorang ni...if tahun sudah hampir 4k juga melayang......bagaimana pulak...agaknya tahun 2010...sib baik kad kredit dah tak de...

ok..berikut adalah maklumat perlepasan cukai yang saya rujuk dari laman web LHDN..

Senarai Cukai Pelepasan Individu



1.   Individu dan saudara tanggungan : RM 8,000
2.   Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa : RM 5,000 (Terhad)
3.   Peralatan Sokongan Asas : RM 5,000 (Terhad)
4.   Individu Kurang Upaya : RM 6,000
5.   Yuran Pendidikan (Sendiri) : RM 5,000 (Terhad)
6.   Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati : RM 5,000 (Terhad)
7.   Pemeriksaan perubatan penuh : RM 500 (Terhad)
8.   Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan : RM 1,000 (Terhad)
9.   Pembelian komputer peribadi untuk individu : RM 3,000 (Terhad)
10. Tabungan bersih dalam skim SSPN : RM 3,000 (Terhad)
11. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan : RM 300 (Terhad)
12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM 3,000 (Terhad)
13. Suami/Isteri kurang upaya : RM 3,500
14. Anak di bawah umur 18 tahun : RM 1,000
15. Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa : RM 1,000
16. Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan : RM 4,000
17. Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan : RM 5,000
18. Insuran nyawa dan KWSP : RM 6,000 (Terhad)
19. Insurans pendidikan dan perubatan : RM 3,000 (Terhad)

Rebat Cukai










1. Zakat/Fitrah : Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
2. Levi Pekerja Asing : Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

ok..selamat mengisi e-filing.


Sudah setahun saya bercuti...eceh....macam le betul-betul setahun   saya masih lagi dalam musim cuti..hahahah..gila lama saya bercuti... Hari Rabu esok.. baru saya akan memulakan hari bekerja saya...semalam kakak sudah mula bersekolah..sekolah tadika je..

Tahun lepas 2009, kakak ber'tadika' di Tadika A. .... dek kerana kebijaksanaan kakak yang melampaui batas...(ingat tak kisah saya pasal kakak tak nak sekolah tadika A sebab kakak dah sampai tahap bosan sehingga menangis-nangis tidak mahu ke Tadika lagi...huh!..macam-macam kan!)  So, atas kehendak kakak sendiri, kakak memilih untuk ber'tadika' di Tadika R yang mempunyai 2 sesi iaitu Tadika untuk sesi pagi dan Pre Tahfiz untuk sesi petang...Dan semestinya yuran untuk Tadika A adalah sangat murah berbanding Tadika R

Apa yang nak saya ceritakan disini ... adalah mengenai mengenai kelancaran proses pendaftaran diantara Tadika A dan Tadika B..alright, untuk makluman

...Tadika A dimiliki oleh Mdm T dan Tadika R dimiliki oleh Pn A, erm...Di Tadika A saya hanya perlu sediakan wang..erm..semua proses pendaftaran, pengangkutan ke Tadika dan pulang ke rumah diuruskan oleh pihak tadika serta program orientasi dijalankan sebelum musim persekolahan bermula..dan, semuanya berjalan dengan amat lancar sekali...dan saya sangat la puas hati...

berbanding dengan Tadika R...ermm..dari proses pendaftaran, pengangkutan dan orientasi semuanya carca marba...since memang saya yang menguruskan semua persekolahan anak-anak ... saya sudah mula mengeluh...sejak dari proses pendaftaran lagi..should be esok kakak dah mula naik van sendiri untuk ke Tadika R tapi sehingga tadi saya masih gagal jumpa pemilik van yang akan membawa kakak esok...tiada sesi orientasi....macam semuanya tunggang terbalik...hurmmmm...

saya sudah mengeluh beberapa kali pasal perkara ini...apa yang boleh saya lakukan sekarang hanya...moga semuanya berjalan lancar dan kakak boleh menghadapinya...let's me test it for a month...ermm... saya ni mungkin banyak komplen kot...ermm...

2009 yang ??


Saya bukan baru dalam dunia blogging. Saya berhenti menulis semenjak 2 tahun lalu kerana banyak yang saya luahkan di blog lama..Saya bertanya pada diri sendiri ... sampai bila saya ingin begini..hidup mesti diteruskan tetapi jika ingin terus maju ke hadapan...saya kene berubah.

ermm..tahun 2009 adalah tahun yang memeritkan..pada saya, keluarga dan persekitaran. Walau bagaimana pun, dengan azam yang kuat saya mampu teruskan. Hadapinya dengan hati yang terbuka..terima semua perkara dengan redha..ianya ketentuan DIA...Banyak perkara yang saya belajar pada tahun yang lalu..Keperitan hidup pada tahun 2009 seolah-oleh sama dengan melesetan ekonomi global..chet..macam la masalah saya ni global sangat

Apa yang berlaku pada tahun 2009, telah mengajar saya banyak perkara. Tapi, Alhamudlillah rezeki DIA juga banyak yang melimpah ruah kepada keluarga saya..dikala susah inilah saya kenal siapa sebenarnya...adik-beradik, saudara mara dan kawan-kawan yang benar-benar akan turut sama membantu...ermm...macam-macam masalah timbul ... tapi bagaimana saya menghadapinya?

ermm...saya belajar untuk MEMAAFKAN mereka?? siapa mereka?? biarlah saya dan DIA saja yang tahu...pada saya, semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..tidak kiralah kesilapan itu besar atau tidak...saya belajar memaafkan mereka dengan tiada rasa dendam pun dalam hati ini..bukan mudah sebenarnya...memang saya akui...ianya susah..tapi alhamdulillah, saya boleh buat sehinggakan saya jadi LAPANG DADA..jika teringatkannya kembali..rasa redha dengan apa yang terjadi...moga DIA juga redha dengan saya...

Hari ini tahun 2010...sekiranya diberi kesempatan saya ingin mengajar diri saya sendiri...BERHENTI  MENGHARAPKAN BALASAN.....supaya hati saya tidak terusik lagi..cukuplah apa yang saya rasa..saya dah banyak mengalah untuk mereka... dah sampai masanya saya bangkit...saya tidak akan berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka..tapi saya berhenti mengharapkan balasan...cuma dari DIA saja saya harapkan balasan..moga saya dan keluarga sentiasa dilindungi oleh DIA..AMIN..


Tak terlewat kan..


Lamanya saya tidak menulis di sini..lama juga saya bercuti dari segala benda..cuti dari pergi ke pejabat dan banyak lagi la..sehingga la..ke tahun baru 2010. Harapan, cita-cita dan azam baru terus menjadi mainan..antara tercapai atau tidak..itu kene jawab sendiri..

Erm..apa pun.. Selamat Tahun Baru 2010

Seperti biasa, saya sekeluarga tidak akan keluar kemana-mana untuk menyibuk-nyibukkan diri melihat bunga api..rasanya cukupla masa dihabiskan dirumah bersama keluarga.

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails