Talented or Gifted??

Are you talented?? Bakat..ermm..ada orang memang berbakat..tapi apa itu bakat?? adakah bakat itu satu gen yang diwarisi dari ibubapa atau bakat itu wujub bila kita besar?? Mungkin buku ini mampu menjawab semua persoalan tadi. APA BAKAT SAYA? Hasil tulisan Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussain.


Sekali pandang illustrasi buku ini sesuai untuk bacaan golongan kanak-kanak atau remaja. Tetapi pada pandangan saya, tidak terlambat untuk orang yang lewat usia seperti saya untuk membacanya untuk menambahkan sedikit pengetahuan mengenai apa bakat saya.  ..eceh kerch..lewat usia ye :P

Di dalam buku ini, ia menerangkan mitos-mitos yang memang menjadi perkara mainan sepanjang kehidupan kita..memberi tekanan kepada kita walhal ianya hanyalah mitos semata-mata. Antaranya Skor A sebagai Lesen Agung Kejayaan, Seseorang dianggap Pandai Jika IQ Tinggi dan ada beberapa lagi yang lain.

Saya selalu diutarakan soalan berikut..adakah saya suka kerja saya??....mungkin saya suka kerana bakat saya atau minat saya atau kerana terpaksa sebab kelulusan yang saya miliki..iye..saya juga berada di persimpangan ini...nak jawab salah tak jawab pun salah...) Buku ini ada menerangkan jenis-jenis kepelbagaian kepandaian, Kelebihan semulajadi .. dan akhirnya menyingkap apakah bakat anda sebenarnya..

Sebagai golongan ibubapa muda, mungkin buku ini dapat memberi panduan kepada kita dalam pembangunan bakat anak-anak. Semua umat manusia dilahirkan berbakat. Kita sebagai ibubapa yang akan mencorakkan kepandaian anak kita. Mungkin anak kita tidak berbakat di dalam pelajaran matematik tetapi amat berbakat dalam lukisan. ermm...sewajarnya apa pun bakat yang anak kita ada sebagai orang tua..sokong dan bantulah mereka.

Kenapa saya membaca buku ini?? Sebab, di kala usia senja inilah baru saya tau apa bakat saya dan sehingga hari ini saya bekerja kerana kelulusan yang saya perolehi tanpa ada rasa minat di dalamnya. Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak-anak saya. Mungkin pemikiran ibubapa dahulu tidaklah secanggih hari ini..ermm..tetapi saya percaya golongan ibubapa hari ini lebih terbuka untuk menerima pendapat anak-anak.

Orait..buku ini berharga RM 12.90 dan diterbitkan oleh PTS Millenia 2009. Bahkan boleh didapati secara online di sini http://www.bookcafe.com.my/

2 comments:

pizli.mw said...

"Hari ini saya bekerja kerana kelulusan yang saya perolehi tanpa ada rasa minat di dalamnya. Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak-anak saya." -> samala kita.. :-(

December 7, 2009 at 1:46 PM  
Kerch said...

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails