Petunjuk Jalan Kekayaan



Ulasan Buku : Petunjuk Jalan Kekayaan




Merupakan hasil tulisan Dr. Rusly Abdullah. Jika ada yang mengikuti semua hasil tulisan beliau buku ini adalah buku no 2 yang harus dibaca kepada pembaca yang ingin berjinak-jinak kepada dunia perniagaan.

Buku ini menceritakan detik perit kehidupan Chef Li sebelum bergelar jutawan. Bermula dengan pemilik kilang pemprosesan makanan kepada seorang penjaja dan jatuh bangkrap...sehingga rumah hampir disita.. Rezeki berjumpa dengan seseorang yang dapat membantu penulis untuk menyelesaikan masalah yang amat berat ketika itu. Dan kini, penulis sudi berkongsi semua ilmu di dalam semua buku beliau (6 buah tidak silap saya). Terus terang saya katakan bahawa buku tulisan pertama nya yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap amatlah menyakitkan hati saya..bukan kerana hasil tulisannya tetapi lebih kepada persoalan global iaitu..kenapa pendatang boleh kaya-raya di bumi ini tetapi penduduk negara ini sendiri masih hidup dalam kesusahan..tepuk dada tanya diri sendiri...sakit ke tidak..ye tak..

Salah satu perkara yang mungkin saya boleh kongsi disini adalah :

Enam kunci kekayaan adalah :

1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang. Berusaha untuk mengkayakan diri sendiri.

2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Iaitu, simpan
    sebahagian dari pendapatan.
Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan kira jumlahnya, fikirkan bagaimana kita boleh menyimpan berterusan

         Simpanan hasil pendapatan:
         a.  Simpan 1/10 untuk dilupakan
         b.  Simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
         c.  Simpan 1/10 untuk agama (termasuk Zakat dan sumbangan kemasyarakatan)
         d.  Guna 2/10 untuk keluarga
         e.  Guna 1/10 untuk diri sendiri
         f.   Beri 1/10 untuk ibubapa
         g.  Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
         h.  Laburkan 1/10 untuk perniagaan sediaada

3.  Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan mengguntungkan

         
Pelaburan jangka panjang -- kerana tiada pelaburan jangka pendek

4.  Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
      a. Membayar zakat
      b. menggembirakan orang tua
      c. menolong kaum kerabat
      d. bersedekah
      e. Infaq
      f. Amal Jariah

5.  Jangan berhutang atau memberi hutang.
    
Jika perlukan pertolongan atau bantuan daripada kita berilah dalam bentuk sedekah, hadiah, zakat atau infaq mengikut yang kita layak dan mampuBerdoa, bertaqwa dan bertawakal.

6.  Berserah dirilah kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas dan tawadhuk setelah kita
melakukan segala usaha dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar setiap usaha kita mendapat berkat.

Banyak yang telah dikongsi bersama di dalam buku ini. Ia boleh didapati dengan harga RM 29.00. Baru-baru ini ketika berkunjung di Kedai Buku MPH buku ini juga telah dicetak dalam bentuk edisi jimat. Tidak rugi membelinya.


0 comments:

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails