Similajau National Park, Sarawak




Similajau National Park terletak di Bintulu, Sarawak. Selalunya, bila dengar nama Bintulu mesti kita akan teringatkan bandar minyak seperti di Miri, Sarawak kan...lebih kurang la..tapi Bintulu tidak la sesibuk seperti di Miri. Miri punya entry akan saya buat kemudian ye.. 

Similajau National Park telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1976 dan dibuka kepada umum pada 1978. Similajau National Park ini adalah hutan semulajadi yang menawarkan pemandangan yang sangat memukau bagi pengunjung yang betul-betul menggemari kehidupan hijau. Selain dari hidupan seperti monyet disini juga pengunjung mungkin bernasib baik untuk melihat sendiri hidupan seperti buaya air masin, ikan lumba-lumba, belangkas dan penyu yang naik ke darat untuk bertelur.

Perjalanan dari bandar Bintulu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Perjalanan boleh dibuat menggunakan bas dari bandar Bintulu hingga ke persimpangan Sungai Plant Lot dan dari simpang hingga ke Similajau National Park (9km) dengan menumpang kenderaan yang lalu lintas di situ...(nak senang sewa kereta ye..harga sewa saya kurang pasti)

Di sini, terdapat satu pantai yang dinamakan sebagai Golden Beach. Kenapa dinamakan Golden Beach?? sebabnya..bila pasir pantai ini terkena cahaya matahari ianya berkilauan keemas-emasan bukan emas tau dan bila kita pengang pasir tersebut, tangan kita tidak akan melekit seperti pasir pantai yang lain. Perjalanan untuk ke Golden Beach ini, boleh pergi dengan 2 cara iaitu...trekking lebih kurang dalam 2 - 3 jam atau menaiki bot yang boleh disewa dari Jabatan Perhutanan Sarawak.











Nasihat saya, pengunjung dilarang mandi di sungai yang terdapat disini. Perjalanan ke Golden Beach juga hanya sesuai untuk aktiviti orang-orang dewasa..jangan la pula bawa kanak-kanak bawah 12 tahun plak ke sana...haru plak kan...di sini juga, sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Kemudahan seperti bilik air, surau, chalet dan kedai makan juga ada disediakan. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian 6082-246 575 / 775.





0 comments:

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails