en.IncomeTAX datang memanggil..


2010..dah pun bermula..maka..Income tax untuk 2009 haruslah diselesaikan...tahun lepas saya dapat cek sebab terlebih bayar dari en.IncomeTAX...tapi tahun ini macamana pula...since tahun lepas saya antara yang tegar membuat pengisytiharan last-last minit..maka tahun ini harapnya semua itu tidak akan berlaku lagi...sejak en.IncomeTAX buat e-filing ni...makin senang keja saya...

Apa yang boleh saya buat ialah menyenaraikan semua maklumat perlepasan cukai dan rebet cukai yang boleh dibuat..saya tidak risau sangat dengan rekod perbelanjaan saya...tapi saya sangat risau dengan rekod perbelanjaan seseorang ni...if tahun sudah hampir 4k juga melayang......bagaimana pulak...agaknya tahun 2010...sib baik kad kredit dah tak de...

ok..berikut adalah maklumat perlepasan cukai yang saya rujuk dari laman web LHDN..

Senarai Cukai Pelepasan Individu



1.   Individu dan saudara tanggungan : RM 8,000
2.   Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa : RM 5,000 (Terhad)
3.   Peralatan Sokongan Asas : RM 5,000 (Terhad)
4.   Individu Kurang Upaya : RM 6,000
5.   Yuran Pendidikan (Sendiri) : RM 5,000 (Terhad)
6.   Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati : RM 5,000 (Terhad)
7.   Pemeriksaan perubatan penuh : RM 500 (Terhad)
8.   Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan : RM 1,000 (Terhad)
9.   Pembelian komputer peribadi untuk individu : RM 3,000 (Terhad)
10. Tabungan bersih dalam skim SSPN : RM 3,000 (Terhad)
11. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan : RM 300 (Terhad)
12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM 3,000 (Terhad)
13. Suami/Isteri kurang upaya : RM 3,500
14. Anak di bawah umur 18 tahun : RM 1,000
15. Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa : RM 1,000
16. Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan : RM 4,000
17. Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan : RM 5,000
18. Insuran nyawa dan KWSP : RM 6,000 (Terhad)
19. Insurans pendidikan dan perubatan : RM 3,000 (Terhad)

Rebat Cukai










1. Zakat/Fitrah : Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
2. Levi Pekerja Asing : Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

ok..selamat mengisi e-filing.

0 comments:

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails