Saya mengaku yang saya ada kekasih gelap. Ye, entry kali ini ada gambar..nak tau lebih lanjut?? sila ke > www.kerchstory.com

Terima kasih



Buku ke 3 hasil tulisan Dr Rusly Abdullah Ph.D yang bertajuk Biar Kecil Asalkan Berhasil Daripada Besar Akhirnya Bubar! Isikandungan buku ini adalah kesinambungan bukunya yang kedua bertajuk Rahsia Kunci Kekayaan yang telah saya ulas minggu lalu.




Seperti biasa isi kandungan buku beliau banyak menceritakan tentang pengalaman hidupnya dari seorang CEO kepada seorang peniaga pasar malam. Cerita mengenai Executive Mee Goreng. Tetapi ada satu topik yang saya rasa boleh dikongsi bersama.

Bagaimana menyimpan hasil keuntungan jualan (setelah tolak semua modal)? Keuntungan kasar (iaitu pendapatan selepas diasingkan modal perniagaan) dari perniagaan harian itu pula hendaklah dipecahkan sekurang-kurangnya kepada 6 tabung seperti berikut :

Katakalah keuntungan hariannya ialah RM 70.00

Tabung 1 : 1/7 ditabungkan untuk dilupakan                                      = RM 10.00
Tabung 2 : 1/7 tabungan untuk diri sendiri                                         = RM 10.00
Tabung 3 : 2/7 tabungan untuk kegunaan keluarga                             = RM 20.00
Tabung 4 : 1/7 tabung pelaburan semula / besarkan perniagaan           = RM 10.00
Tabung 5 : 1/7 ditabungkan sebagai peruntukan melunaskan hutang    = RM 10.00
Tabung 6 : 1/7 tabungkan untuk peruntukan kebajikan zakat dan infaq = RM 10.00

Sebagai latihan sediakan enam jenis tabung dirumah. Tabung boleh menggunakan bekas tin susu yang besar..(ye..saya juga guna teknik ini) Setiap hari pendapatan yang telah dipecahkan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. Biarkan simpanan selama seminggu sebelum dipindahkan ke dalam akaun bank. Dan pastikan sekiranya ingin berbelanja ambillah dari tabung no 3 dan pastikan berbelanja tidak lebih dari RM 20 sehari atau RM 140 seminggu.

Ada banyak lagi maklumat berguna yang dikongsikan bersama dari buku ini. Tidak rugi membelinya. Harganya RM 29.00 sahaja.  

Petunjuk Jalan Kekayaan



Ulasan Buku : Petunjuk Jalan Kekayaan




Merupakan hasil tulisan Dr. Rusly Abdullah. Jika ada yang mengikuti semua hasil tulisan beliau buku ini adalah buku no 2 yang harus dibaca kepada pembaca yang ingin berjinak-jinak kepada dunia perniagaan.

Buku ini menceritakan detik perit kehidupan Chef Li sebelum bergelar jutawan. Bermula dengan pemilik kilang pemprosesan makanan kepada seorang penjaja dan jatuh bangkrap...sehingga rumah hampir disita.. Rezeki berjumpa dengan seseorang yang dapat membantu penulis untuk menyelesaikan masalah yang amat berat ketika itu. Dan kini, penulis sudi berkongsi semua ilmu di dalam semua buku beliau (6 buah tidak silap saya). Terus terang saya katakan bahawa buku tulisan pertama nya yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap amatlah menyakitkan hati saya..bukan kerana hasil tulisannya tetapi lebih kepada persoalan global iaitu..kenapa pendatang boleh kaya-raya di bumi ini tetapi penduduk negara ini sendiri masih hidup dalam kesusahan..tepuk dada tanya diri sendiri...sakit ke tidak..ye tak..

Salah satu perkara yang mungkin saya boleh kongsi disini adalah :

Enam kunci kekayaan adalah :

1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang. Berusaha untuk mengkayakan diri sendiri.

2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Iaitu, simpan
    sebahagian dari pendapatan.
Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan kira jumlahnya, fikirkan bagaimana kita boleh menyimpan berterusan

         Simpanan hasil pendapatan:
         a.  Simpan 1/10 untuk dilupakan
         b.  Simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
         c.  Simpan 1/10 untuk agama (termasuk Zakat dan sumbangan kemasyarakatan)
         d.  Guna 2/10 untuk keluarga
         e.  Guna 1/10 untuk diri sendiri
         f.   Beri 1/10 untuk ibubapa
         g.  Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
         h.  Laburkan 1/10 untuk perniagaan sediaada

3.  Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan mengguntungkan

         
Pelaburan jangka panjang -- kerana tiada pelaburan jangka pendek

4.  Tunaikan hak-hak mereka yang berhak
      a. Membayar zakat
      b. menggembirakan orang tua
      c. menolong kaum kerabat
      d. bersedekah
      e. Infaq
      f. Amal Jariah

5.  Jangan berhutang atau memberi hutang.
    
Jika perlukan pertolongan atau bantuan daripada kita berilah dalam bentuk sedekah, hadiah, zakat atau infaq mengikut yang kita layak dan mampuBerdoa, bertaqwa dan bertawakal.

6.  Berserah dirilah kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas dan tawadhuk setelah kita
melakukan segala usaha dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar setiap usaha kita mendapat berkat.

Banyak yang telah dikongsi bersama di dalam buku ini. Ia boleh didapati dengan harga RM 29.00. Baru-baru ini ketika berkunjung di Kedai Buku MPH buku ini juga telah dicetak dalam bentuk edisi jimat. Tidak rugi membelinya.


Saya Gila Buku.

This is sticky mode..please scroll down for new entry.

Jangan risau saya bukan nak buat ulasan pasal buku..tapi saya nak listkan apa buku yang saya sedang baca..yang masih lagi terkedek-kedek nak habiskan...

1.   Apa Bakat Saya? Penulis: Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussain
2.   OKB! Orang Kaya Bertakwa. Penulis : Chef Li
3.   Rich Dad Poor Dad. Penulis : Robert T.Kiyosaki
4.   From Third World to First : Lee Kuan Yew

dan ada beberapa lagi .. segan sebenarnya..sebab saya ni lembab sket membaca.. hahahah

Sebelum ini saya tidak la segila begini membaca buku-buku begini. Dulu, saya gila membaca buku cintan cintun  tetapi, semua buku-buku novel zaman cintan cintun itu telah berjaya diJUAL di Pasar Terbuka di MAEP. Masih ada berbaki satu tong lagi.

Alhamdulillah, kawan saya yang berada di Perak sudi menyedekahkan kepada saya semua koleksi bukunya untuk dijual dan bos saya menyedekahkan semua majalah yang tidak digunakan di pejabat juga untuk dijual. Dan niat saya, semua hasil jualan buku novel-novel  dan majalah itu akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang akan dikenalpasti.

Projek ini juga saya jayakan bersama dengan kak pnut..alhamdulillah, minggu lalu beliau telah menghantar baju-baju terpakai ke rumah Perihatin di Kajang. Malangnya saya tidak dapat turut serta (rasa bersalah masih ada lagi ni) Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya saya tergerak hati untuk masuk pertandingan yang dianjurkan oleh Pihak PTS. Beranganla dulu kot kalau dapat hadiah mini library tu..bleh le saya dermakan kepada rumah kebajikan kan..ada ke peluang saya sebenarnya?? saya ni tak pernah pun menang kalau masuk pertandingan macam tu..tapikan..rezeki tu kan Allah SWT yang beri..tak salah mencuba kan..??

Itu la...rezekikan...alhamdulillah, lepas daftarkan laman web ni untuk mendapatkan buku percuma dengan hanya meletakkan banner SAYA MAHU HADIAH PTS BACA DAN MENANG...saya dapat email ini....taraaaaaa....



Yey...syukran...hadiah tahun baru saya...hey..nanti...anda semua pun boleh masuk tau..mana tau..bleh dapat hadiah cam saya..Caranya..sila klik banner SAYA MAHU HADIAH PTS BACA DAN MENANG di sebelah kanan blog ini...Selamat mencuba..

Saya cabar anda semua!!

Alhamdulillah, nampak ada cahaya matahari pagi ini. Semalam bumi Nya seharian dituruni rahmat. moga-moga kering kain saya hari ini.. :P   Amin..

Entry kali ni nak sambung balik pasal buku...Asyik buku je kan...Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama.

Tajuk buku  : Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
Penulis        : Muhd Kamil Ibrahim

Ulasan Buku:



Buku ini adalah sambungan dari buku pertama yang bertajuk Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang telah saya ulas sebelum ini. Pada pandangan saya, buku ini mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh penulis selepas proses menunaikan ibadah haji. Adakah kehidupannya akan berubah secara total atau perubahan itu hanya sekerat jalan sahaja?


Sama juga dengan kehidupan kita seharian, mungkin hari ini kita adalah individu yang sentiasa bersemangat untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan tetapi ada ketikanya...masa-masa lalai akan tiba. Cerita-cerita yang digarap cukup menarik untuk dikongsi dan mungkin tidak jauh beza dari kehidupan kita seharian.  


Amalan solat fardu berjemaah dan solat dhuha banyak ditekankan di dalam buku ini. Secara tidak langsung ia juga terkesan kepada saya. Bukan mudah untuk laksanakannya kalau kita sendiri tidak benar-benar mendisplinkan diri untuk itu. Saya cabar semua..cubalah seminggu untuk laksanakannya..lakukan dengan rasa benar-benar ikhlas dan saya percaya anda semua akan memperolehi hasilnya. Tetapi bukan sekadar solat fardu berjemaah dan solat dhuha sahaja, penulis juga ada menceritakan tentang ibadah ikhtikaf. Bagaimana rasanya berikhtikaf di masjid di waktu-waktu yang umat manusia sedang enak diulit mimpi.. (saya cemburu sebenarnya..huk huk huk)


Cerita penulis mengenai kawan baiknya, yang benar-benar berharap untuk penulis sendiri mengimami solat jenazah untuknya benar-benar menusuk hati saya. Siapa lah saya..bayangkan penulis berjaya khatam al-quran sepanjang Ibadah Haji berlangsung sedangkan sebelum itu beliau tidak mengenali huruf-huruf muqqadam. Bukan itu saja, beliau juga habis membaca tafsir Al-Quran sepanjang berada di Madinah. Masya-Allah, syukur saya...bila membacanya..saya sendiri meremang..mengalir air mata kerana sesungguhnya Allah SWT itu sangat berkuasa.


Terlalu banyak untuk diungkapkan disini. Kesannya, ia terlalu banyak meninggalkan perkara-perkara baru dalam hidup saya. Kepada penulis, terima kasih tidak terhingga. Memang berbaloi-baloi untuk memiliki buku ini..(dah macam iklan la plak)


Saya ada banyak lagi buku lain untuk dikongsi...tak salahkan kalau saya nak buat ulasan...sebab sharing is caring...ouch!



Wah...tajuk pun dah takut. Memang benar Iman tidak diukur dengan pangkat atau darjat yang kita ada. Tetapi akhir zaman ini..macam-macam ada..Dua bulan yang lalu saya berjaya menghabiskan 2 buah buku yang mampu menggoncang iman saya sendiri. Terasa diri saya sangatlah kerdil..


ULASAN BUKU :


Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
Penulis : Muhd Kamil Ibrahim










Sebuah buku motivasi dakwah yang boleh menggoncang hati seorang muslim. Muhd Kamil Ibrahim adalah SESEORANG di dunia pendidikan pengajian tinggi. Buku ini mungkin ibarat membuka pekung didada bagi SESEORANG seperti penulis. Tetapi ironinya, cerita yang digarap dengan kemas didalam buku ini mampu membuatkan pembaca bukan sekadar menitiskan air mata tetapi mungkin memberi keinsafan yang sangat mendalam dalam diri.


Saya sendiri bukanlah dari kategori yang sangat alim dan tawaduk dalam mengerjakan suruhanNya. Tetapi siapa sangka dengan membaca buku ini menyebabkan saya sendiri terdetik untuk menilai di manakah tahap saya sekarang. Kepada penulis, segala yang dicurahkan didalam bukunya mungkin mampu mengubah sempadan iman pembacanya. (ayat cam sama ngan tajuk buku la plak ..)


Ketabahan dan kesabaran isterinya dalam menangani kerenah penulis mungkin wajar menjadi tauladan. Contoh kata-kata isteri penulis



“ Allah memberikan abang satu rahmat. Abang mudah bangun tengah malam. Boleh menulis. Orang lain susah hendak bangun. Saya juga susah. Alangkah baiknya, selepas bangun, sebelum menulis, abang solat Tahajud, Hajat dan Taubat. Minta dengan Allah supaya dia berikan abang jawatan Profesor. Dia yang menentukan rezeki manusia.”


Ia memang benar-benar menikam kalbu. Keazaman penulis untuk sentiasa bersolat dekat dengan kaabah memang patut dijadikan panduan kepada semua umatnya bukan sahaja bakal-bakal haji. Walau pun saya tidak pernah sampai di sana lagi…membaca buku ini memang membuatkan saya seolah-olah turut serta dalam perjuangan penulis melaksanakan ibadah haji. Bahkan di dalam buku ini juga ada menunjukkan cara-cara untuk menguncup hajar aswad dengan mudah. (teringin sangat nak kesana sebenarnya).
 Penulis juga ada bercerita bagaimana beliau merasakan beliau adalah tetamuNya yang paling istimewa. Memang benar, sesiapa sahaja mungkin boleh menjadi tetamuNya tetapi tetamu yang bagaimana yang dimaksudkan terpilih?? Sebanyak mana pun kekayaan yang kita ada belum tentu kita terpilih menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Dan jika menjadi tetamuNya, belum tentu kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah kepadaNya di sana. Pengalaman yang dikongsi oleh penulis benar-benar membuatkan saya sendiri tersentak dengan kehidupan yang saya lalui hari ini..(bunyi macam saya ni hampeh betul..).

Buku ini boleh dibeli dengan harga RM26.00 dan ianya adalah cetakkan dari PTS Islamika dan boleh dibeli secara online disini. Banyak lagi yang menarik di dalam buku ini. Tidak rugi membelinya.


Buku ini juga mempunyai kesinambungan dengan buku kedua yang bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini menceritakan bagaimana penulis meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim selepas pulang dari Makkah. Pandangan saya kehidupan adalah lebih getir dari sebelumnya. Ulasan buku tersebut akan saya buat di lain hari.



pssssssttt : saya membuat ulasan adalah berdasarkan apa yang saya baca. Ulasan ini adalah untuk dikongsi bersama. Sebab sharing is caring..ouch...


Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails