Similajau National Park terletak di Bintulu, Sarawak. Selalunya, bila dengar nama Bintulu mesti kita akan teringatkan bandar minyak seperti di Miri, Sarawak kan...lebih kurang la..tapi Bintulu tidak la sesibuk seperti di Miri. Miri punya entry akan saya buat kemudian ye.. 

Similajau National Park telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1976 dan dibuka kepada umum pada 1978. Similajau National Park ini adalah hutan semulajadi yang menawarkan pemandangan yang sangat memukau bagi pengunjung yang betul-betul menggemari kehidupan hijau. Selain dari hidupan seperti monyet disini juga pengunjung mungkin bernasib baik untuk melihat sendiri hidupan seperti buaya air masin, ikan lumba-lumba, belangkas dan penyu yang naik ke darat untuk bertelur.

Perjalanan dari bandar Bintulu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Perjalanan boleh dibuat menggunakan bas dari bandar Bintulu hingga ke persimpangan Sungai Plant Lot dan dari simpang hingga ke Similajau National Park (9km) dengan menumpang kenderaan yang lalu lintas di situ...(nak senang sewa kereta ye..harga sewa saya kurang pasti)

Di sini, terdapat satu pantai yang dinamakan sebagai Golden Beach. Kenapa dinamakan Golden Beach?? sebabnya..bila pasir pantai ini terkena cahaya matahari ianya berkilauan keemas-emasan bukan emas tau dan bila kita pengang pasir tersebut, tangan kita tidak akan melekit seperti pasir pantai yang lain. Perjalanan untuk ke Golden Beach ini, boleh pergi dengan 2 cara iaitu...trekking lebih kurang dalam 2 - 3 jam atau menaiki bot yang boleh disewa dari Jabatan Perhutanan Sarawak.











Nasihat saya, pengunjung dilarang mandi di sungai yang terdapat disini. Perjalanan ke Golden Beach juga hanya sesuai untuk aktiviti orang-orang dewasa..jangan la pula bawa kanak-kanak bawah 12 tahun plak ke sana...haru plak kan...di sini juga, sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Kemudahan seperti bilik air, surau, chalet dan kedai makan juga ada disediakan. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian 6082-246 575 / 775.





Bako National Park merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak dan terkecil di Asia Tenggara. Ia diisytiharkan sebagai Taman Negara Malaysia pada tahun 1957. Jauhnya dari Kuching adalah 37km dan perjalanan ke Taman Negara ini hanya mengambil masa dalam 40 minit sahaja.




Apa yang ada disini? Bagi mereka yang menggemari kehijauan hutan dan alam flora mungkin tempat ini boleh menjadi satu tempat yang wajib untuk dikunjungi. Menurut pemandu bot kami koleksi batuan di sini ada yang menyerupai kepala ular, penyu dan beberapa lagi yang lain yang sangat menarik untuk dilihat. Batuan ini terhasil akibat dari hakisan ombak laut, air masin dan angin yang berlaku selama ratusan tahun. Koleksi batuan ini boleh dilihat dengan menggunakan bot yang terdapat di jeti dengan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Bot-bot tersebut boleh disewa di tempat menunggu yang disediakan. Jangan risau kerana banyak bot yang disediakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak.









Jika masih ingat, Taman Negara Bako ini pernah menjadi salah satu destinasi dalam Rancangan Amazing Race Asia 1.  Trek jalan yang disediakan sangat la membantu untuk melihat haiwan dan hidupan hijau yang mendiami kawasan ini. Kepelbagaian spesis haiwan liar seperti Bearded wild pig, Long Tail Macaques (monyet la), Silver Leaf Monkeys, Wagler's pit Viper, Flying Lemur, Fiddler Crab dan yang paling susah untuk dilihat ialah Proboscis Monkey...sebab monyet ini hanya boleh didapati di Borneo sahaja.

Nasihat saya, tempat ini tidak sesuai dikunjungi bersama anak-anak kecil yang berusia dibawah 12 tahun dan pastikan anda berkunjung seawal yang mungkin kerana terik matahari yang naik mungkin menyebabkan mood untuk melihat kecantikkan ciptaan Allah S.W.T. Untuk maklumat lanjut mengenai Bako National Park boleh layari laman web Tourism Malaysia dan Sarawak Foresty Department.






 

















 

Ahad lalu, saya ke Dataran Merdeka (arahan kerja) untuk menjadi perempuan ronggeng. Saya jangkakan saya antara yang terawal tiba di Dataran..ermm...meleset sama sekali..Ramainya umat yang datang untuk menjayakan pesta yang turut disertai oleh Wanita Pertama Malaysia. eermmm, event ini telah berjaya dimasukkan di dalam Malaysia Guiness Book Of Record..(await la ada perkataan Guiness tu ye)

orait..Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia ini adalah gabungan dari tarian "Malaysia Truly Asia", Cina, India, Zapin, Sewang, Sabah dan Sarawak. Ia akan menjadi satu majlis rasmi Negara setiap tahun..syiok wooo tengok ramai yang datang...then mereka semua memang sporting....Kami dibekalkan dengan T-shirt (yang berwarna-warni..), topi dan reusable bag...ermm..kalau tengok warna T-shirt yang kami dapat...macam warna-warna pelopor telekomunikasi Malaysia...macam M*xis, C*lcom, X*Ax, H*tlink dan...D*gi....

Saya sukakan acara begini..Malaysia memang negara muhibbah..masa inilah..tidak kira bangsa kami duduk di satu padang yang sama..menari bersama...yeah...we are 1Malaysia..


















Menyaksikan kematian rakan sekerja pagi tadi membuatkan saya sendiri terfikir bahawa ajal dan maut itu kepunyaan Allah. Rakan saya hanya disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4, 2 minggu yang lalu. Saya masih terbayang-bayang wajahnya yang pucat ketika memberi penghormatan terakhir untuknya pagi tadi. Saya tidak mampu untuk mencium wajah arwah...cukuplah saya pandang dari sudut lain...kerana air mata saya masih mengalir. Ia sungguh membuatkan seluruh jiwa saya terketar-ketar ketakutan.


Pemergian arwah adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang dianugerahkan kepada saya dan kawan-kawan yang tinggal. Sewajarnya, sebagai umatNya kematian menjadi satu sumber inspirasi untuk membuatkan saya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepadaNya. Cukup mudah bagi arwah meninggalkan kami semua..tapi janji tetap janji..jika IA berjanji ingin menarik ajal..bila-bila masa boleh DIA laksanakan..ermm


Ketika menunggu arwah siap dimandikan dan dikapan...makin ramai..rakan sekerja dan bekas rakan sekerja datang berkumpul. Tidak kira lelaki atau perempuan makin ramai yang datang....kerana arwah memang seorang yang baik hati..pemergiannya membuatkan semua terkejut dan tidak menduga sama sekali..itulah janjiNya. Setelah siap dikapan, kami diberi peluang untuk menatap wajah arwah untuk kali terakhir..terkujur kaku arwah disitu..diam dan terus diam..terdengar sok-sek..rakan-rakan menahan air mata dari terus mengalir...seterusnya arwah diangkat di depan mimbar masjid untuk disolatkan...begitu ramai kawan-kawan bersedia untuk solatkan arwah..ermm terharu..sudah rezeki beliau begitu...selesai menyempurnakan solat jenazah, arwah diusung ke dalam van untuk dikebumikan di tanah perkuburan...arwah ditanam dan talqin dibacakan...Alhamdulillah..selesai urusan arwah di dunia..kita bagaimana??

Tiba-tiba persoalan demi persoalan timbul dibenak kepala ni...andainya suatu hari nanti...saya juga seperti arwah..adakah rakan-rakan saya juga akan berkumpul begini ramai untuk memberikan penghormatan terakhir untuk saya?? ermmm...air mata ini masih mengalir..


Dahulu...peristiwa ini pernah berlaku..tetapi saya redha dengan pemergian dia..tanpa sempat saya memberi penghormatan terakhir untuknya..itu janjiNya. Tetapi, saya tahu seandainya dia masih di dunia ini..saya mungkin adalah kebanggaan beliau...



Abah, angah redha dengan apa yang angah lalui. Angah redha abah pergi tanpa sempat angah menatap muka abah buat kali terakhir. Angah ingat pesan abah sampai hari ini. Biarlah abah, angah belajar untuk memaafkan mereka. Tapi angah rindu saat-saat gembira keluarga kita dulu.
Awal muharam ini...genaplah 6 tahun dia meninggalkan kami semua..tanpa sempat dia melihat wajah kakak yang sangat mirip dengannya dan tanpa sempat bergurau dengan adik yang amat nakal sekali..tapi saya redha..kerana janjiNYA untuk kebaikkan umatNYA. Ada hikmat sebalik semua kejadianNya..kerana disebalik peristiwa kematian ia sewajarnya menjadi ingatan dakwah kepada diri sendiri yang sentiasa lalai. Moga arwah abah dan kak jun sentiasa dicucuri rahmat. Amin..





Ada satu tertinggal mengenai market / pasar di Malaysia. Kalau di Semenanjung Malaysia, mungkin kedai terapung macam janggal bunyinya. Tetapi bagi masyarakat di Sarawak, kedai terapung adalah perkara biasa..KEDAI terapung?? ermm..macamana agaknya rupa kedai terapung tu yek??

Ok..fungsi kedai terapung ini adalah untuk menghantar bekalan ke kawasan pendalaman di Sarawak. Jangan terkejut dengan kebesaran kedai ini..kerana ianya boleh memuatkan satu badan bas..kan ke sungai-sungai dia sarawak sangat lebar dan besar. Kapal-kapal ini membawa bekalan seperti beras, minyak, tong gas, dan bekalan makan lain. Kenapa sungai digunakan untuk menghantar bekalan seperti ini? Ini adalah kerana, perjalanan sungai adalah lebih singkat berbanding menggunakan perjalanan darat. ok..tak mau la, membebel panjang..so enjoy the pic..









Ini entry terakhir pasal market..Saya seronok dan suka sangat pergi ke pasar..macam-macam pasar saya pernah pergi di Malaysia (bunyi.... riak betul saya ni). Banyak yang uniknya..ada yang mahal dan ada yang murah..yer la...kalau kat Sibu, Sarawak..ikan kembung bleh dapat ngan harga RM2.50 sekilo..agak-agak kat kolumpo ni bleh dapat ke harga tu...macam mimpi la...plak erk..

Obor-obor..anyone..(please ignore..the kuku's) Tidak silap saya harga untuk sekilo obor-obor ini adalah RM 15.00. ermmm murah ke??? Di Kuching, Sarawak ada sebuah restoran yang menyediakan masakan kerabu obor-obor...sedap..saya dah rasa dah....(saya memang suka mencuba makanan yang pelik-pelik...tapi bukan semua yeeee....)


Umai in the making...bro ni...iron chef pun kalah tau.. Gambar ini diambil di Mukah, Sarawak. Umai adalah satu makanan tradisional masyarakat di Sarawak..Saya pun baru 1st time la tengok macam mana umai dibuat..dan merasai umai ni..ermmm cam makan kerabu gak la...isi ikan jadi masak disebabkan oleh asid yang dihasilkan oleh limau yang diperah tu..tapi lagi pedas lagi sedap...

Granny ini sangat menggagumkan..kuat lagi tau..Saya sangat kagum dengan masyarakat di Kota Belud, Sabah ni..Nenek ini sudah berusia hampir 90 tahun rasanya..sangat kuat untuk menggangkat seguni pisang tau...agak-agak kita mampu ke buat macam tu nanti...masyarakat di sana sangatlah tidak sombong kalau kita nak ambik gambar..

Ini adalah entri untuk sambungan semalam tetapi akan ada satu lagi sambungannya esok. Untuk Jawapan semalamnya entry..sedih..tak de yang feedback pun kecuali seorang je..cik lala..

JAWAPANNYA IALAH :

1. Pasar Tamu Bintulu, Sabah
2. Pasar Harian Sibu, Sarawak
3. Pasar Malam Sibu, Sarawak
4. Tamu Kota Belud, Sabah
5. Tamu Kota Belud, Sabah



Ada berani?? Dikenali sebagai ulat mulong atau dipanggil siyet. Saya jumpa siyet ini di pasar Mukah, Sarawak. Mukah, Sarawak sangat popular dengan pengeluaran sago. Macam mana Sago diproses akan saya tunjukkan entry kemudian. Dah hutang banyak entry ni..

Belacan...sedap sebenarnya belacan Bintulu ni..fresh sangat dan merah..perasan tak botol sebelah tu... dah macam rupa budu kan..memang budu pun..rupanya berbeza sikit dari budu cap ketereh..


Satu lagi belacan dalam packaging yang berbeza. Tidak silap saya, boleh dibeli 5 bungkus yang kecil harganya dalam RM 10. Belacan packaging begini boleh didapati di Bintulu, Sabah.

Gamat...anyone..sebelum ni tau gamat dah siap dalam botol..tapi kali ni saya jumpa live lagi..anyone..siapa yang berani makan??Gambar ni saya ambil di pasar Sibu, Sarawak. 

tu dia...ikan kembung..agak-agak bleh dapat ke harga camni ke sekarang..mesti geram kan..termasuklah saya..sekilo RM 2. Terus terbayang laksa kedah..pergh..terliur.. ini di Pasar Sibu, Sarawak

Kuih..apa..tak ingat...ada sesiapa tau?? Saya tidak ingat kuih ini namanya apa..gambar ini diambil ketika di pasar tamu jalan ...alamak tak ingat laaaa pasar apa namanya..LOL



Gelang... gelang... ini juga adalah koleksi ketika jalan-jalan di bandar Kota Kinabalu...tetiba tak ingat apa nama pasar tu...anyone..bleh tolong kasi jawapan....








Siapa boleh teka dimana saya ambil gambar-gambar ini?

Sila nyatakan tempat dan negeri sekali kerana setiap gambar datang dari daerah dan negeri yang berlainan..








Siapa kata pantai di Malaysia tak cantik..ni gambar masa zaman dolu-dolu..saya korek-korek...akhirnya saya jumpa ini..

Gambar 1 ..Pulau Beras Basah, Langkawi. Gambar 2..Kapalai Resort, Sabah. Gambar 3.. Pantai Pasir Hitam, Langkawi..(ini bukan iklan kasut cr*cs ye) Gambar 4..Pulau Beras Basah, Langkawi dan Gambar 5.. Survivor Island, Sabah.

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails