Bako National Park, Sarawak

Bako National Park merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak dan terkecil di Asia Tenggara. Ia diisytiharkan sebagai Taman Negara Malaysia pada tahun 1957. Jauhnya dari Kuching adalah 37km dan perjalanan ke Taman Negara ini hanya mengambil masa dalam 40 minit sahaja.




Apa yang ada disini? Bagi mereka yang menggemari kehijauan hutan dan alam flora mungkin tempat ini boleh menjadi satu tempat yang wajib untuk dikunjungi. Menurut pemandu bot kami koleksi batuan di sini ada yang menyerupai kepala ular, penyu dan beberapa lagi yang lain yang sangat menarik untuk dilihat. Batuan ini terhasil akibat dari hakisan ombak laut, air masin dan angin yang berlaku selama ratusan tahun. Koleksi batuan ini boleh dilihat dengan menggunakan bot yang terdapat di jeti dengan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Bot-bot tersebut boleh disewa di tempat menunggu yang disediakan. Jangan risau kerana banyak bot yang disediakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak.









Jika masih ingat, Taman Negara Bako ini pernah menjadi salah satu destinasi dalam Rancangan Amazing Race Asia 1.  Trek jalan yang disediakan sangat la membantu untuk melihat haiwan dan hidupan hijau yang mendiami kawasan ini. Kepelbagaian spesis haiwan liar seperti Bearded wild pig, Long Tail Macaques (monyet la), Silver Leaf Monkeys, Wagler's pit Viper, Flying Lemur, Fiddler Crab dan yang paling susah untuk dilihat ialah Proboscis Monkey...sebab monyet ini hanya boleh didapati di Borneo sahaja.

Nasihat saya, tempat ini tidak sesuai dikunjungi bersama anak-anak kecil yang berusia dibawah 12 tahun dan pastikan anda berkunjung seawal yang mungkin kerana terik matahari yang naik mungkin menyebabkan mood untuk melihat kecantikkan ciptaan Allah S.W.T. Untuk maklumat lanjut mengenai Bako National Park boleh layari laman web Tourism Malaysia dan Sarawak Foresty Department.



1 comments:

pizli.mw said...

Post a Comment

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails