Sudah setahun saya bercuti...eceh....macam le betul-betul setahun   saya masih lagi dalam musim cuti..hahahah..gila lama saya bercuti... Hari Rabu esok.. baru saya akan memulakan hari bekerja saya...semalam kakak sudah mula bersekolah..sekolah tadika je..

Tahun lepas 2009, kakak ber'tadika' di Tadika A. .... dek kerana kebijaksanaan kakak yang melampaui batas...(ingat tak kisah saya pasal kakak tak nak sekolah tadika A sebab kakak dah sampai tahap bosan sehingga menangis-nangis tidak mahu ke Tadika lagi...huh!..macam-macam kan!)  So, atas kehendak kakak sendiri, kakak memilih untuk ber'tadika' di Tadika R yang mempunyai 2 sesi iaitu Tadika untuk sesi pagi dan Pre Tahfiz untuk sesi petang...Dan semestinya yuran untuk Tadika A adalah sangat murah berbanding Tadika R

Apa yang nak saya ceritakan disini ... adalah mengenai mengenai kelancaran proses pendaftaran diantara Tadika A dan Tadika B..alright, untuk makluman

...Tadika A dimiliki oleh Mdm T dan Tadika R dimiliki oleh Pn A, erm...Di Tadika A saya hanya perlu sediakan wang..erm..semua proses pendaftaran, pengangkutan ke Tadika dan pulang ke rumah diuruskan oleh pihak tadika serta program orientasi dijalankan sebelum musim persekolahan bermula..dan, semuanya berjalan dengan amat lancar sekali...dan saya sangat la puas hati...

berbanding dengan Tadika R...ermm..dari proses pendaftaran, pengangkutan dan orientasi semuanya carca marba...since memang saya yang menguruskan semua persekolahan anak-anak ... saya sudah mula mengeluh...sejak dari proses pendaftaran lagi..should be esok kakak dah mula naik van sendiri untuk ke Tadika R tapi sehingga tadi saya masih gagal jumpa pemilik van yang akan membawa kakak esok...tiada sesi orientasi....macam semuanya tunggang terbalik...hurmmmm...

saya sudah mengeluh beberapa kali pasal perkara ini...apa yang boleh saya lakukan sekarang hanya...moga semuanya berjalan lancar dan kakak boleh menghadapinya...let's me test it for a month...ermm... saya ni mungkin banyak komplen kot...ermm...

Konsert Kakak

Last week, tadika kakak menganjurkan Konsert tahunan. Apalagi, macam-macamlah permintaan dia. Seminggu sebelum konsert tu dia bawa pulang baju konsert..haiya, tepuk dahi saya dibuatnya. Yer la...udah la anak dara saya ni hitam si tampuk manggis...sekali kena pakai baju cheong sam daaaa... Nak buat camner kan.. kakak kene menari tarian chop stik katanya...Macamana rupa tarian tu..saya pun tak tau..




Konsert bermula pada pukul 8 malam tapi pukul 6.30pm dah kene ada di dewan...haiya..ini la yang saya kurang berkenan kalau majlis dimulakan waktu-waktu kritikal macam ni..sudahla surau tiada.

Macam-macam gelagat diatas pentas...ada yang nangis la..ada yang happy je..kakak plak..biasa la anak dara saya kan...cam tak de perasaan je..Konsert tamat dalam pukul 10 rasanya..sebab saya pulang awal..walau pun kakak nak jugak stay..kami semua penat dan kepanasan sebenarnya..hahah

Balik saja dari konsert, agaknya kepenatan teramat sangat...sampai tidur pun mengigau. Kakak oh kakak...

Cerita lain:
Related Posts with Thumbnails